Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT10

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 6 minit
📊 Bilangan kata: 1,057 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan jika Kementerian mempunyai pelan mitigasi yang bersifat komprehensif dan ‘prediction tools’ bagi mengurangkan risiko, impak dan meningkatkan persediaan untuk menangani masalah banjir. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan kesan atau impak perubahan iklim tidak dapat dikawal sehingga terdapat peningkatan tahap air di kawasan-kawasan yang rendah yang tidak pernah mengalami banjir.

YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​

JAWAPAN:

Secara keseluruhannya, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Saliran dan Pembentungan mempunyai tiga kaedah untuk membuat rancangan pengurangan risiko dan impak banjir di seluruh negara iaitu: kajian-kajian terperinci, real-time data, dan pemodelan banjir (flood modelling).

Kaedah-kaedah tersebut memberikan maklumat komprehensif kepada Jabatan Saliran dan Pembentungan untuk memahami punca serta mekanisme kejadian banjir untuk mengenalpasti dan seterusnya memberi keutamaan kepada langkah-langkah mitigasi di kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi. Langkah-langkah mitigasi tersebut telah dimasukkan ke dalam perancangan mitigasi banjir di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN11) dan projek-projek yang dirancang di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12 (RKN12).

KAEDAH 1: KAJIAN-KAJIAN TERPERINCI

Antara inisiatif utama di bawah RKN12 ialah “Kajian Pelan Induk Saliran Brunei Darussalam dan Kajian Pengurusan Dataran Banjir bagi Sungai Belait dan Temburong”, yang dijadualkan untuk ditawarkan pada 19 Mac 2025 melalui Request for Quotation (RFQ). Kajian komprehensif ini bertujuan membangunkan pelan pengurusan saliran yang mampan untuk menangani isu banjir dan limpahan air hujan berlebihan, dengan mengambil kira kesan perubahan iklim serta perubahan guna tanah.

Skop kajian ini merangkumi semakan semula pelan induk sedia ada, pengemaskinian pangkalan data kawasan mudah banjir serta cadangan penyelesaian pengurusan banjir melalui penambahbaikan infrastruktur saliran yang diperlukan dan penilaian semula sistem saliran semasa. Disamping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pengurusan dataran banjir bagi Sungai Belait dan Temburong melalui penilaian risiko banjir di kawasan dataran banjir serta cadangan penyelesaian mitigasi banjir secara struktur (fizikal) dan bukan struktur (bukan fizikal).

Selain kajian yang terbaharu ini, salah satu kajian yang pernah dibuat sebelum ini adalah “Kajian Pelan Pengurusan Tadahan Bersepadu (Integrated Catchment Management Plan) bagi Daerah Belait” yang disiapkan pada 2016. Kajian ini telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir melalui pengumpulan data dan pemodelan banjir. Hasil kajian tersebut membolehkan perancangan langkah mitigasi untuk telah dilaksanakan di bawah RKN11 seperti “Projek Menaik taraf Sungai Utama Dan Anak Sungai Di Kampung Lumut Dan Kawasan Perbandaran Seria”. Cadangan-cadangan lain dari kajian itu telah dimasukkan ke RKN12 iaitu:

  • Pembinaan skim pencegahan banjir dengan stesen pam di muara Sungai Jalan Maulana, Kuala Belait;

  • Pembinaan saliran utama menuju ke stesen pam di Kampung Sungai Bera, Seria;

  • Kerja-kerja penambahbaikan saliran di Daerah Belait Fasa 1; serta

  • Pembinaan stesen pam saliran di Lot F17, Seria.

Di samping projek-projek ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Saliran dan Pembetungan turut menggunakan peruntukan belanjawan tahunan untuk menambah baik sistem saliran sedia ada.

Penambahbaikan dan penyelenggaraan berkala melalui kontrak-kontrak penggal giat dilaksanakan berasaskan dapatan kajian terdahulu, bagi memastikan sistem saliran berfungsi optimum dan langkah mitigasi dirancang berkesan. Usaha berterusan Kerajaan ini telah menunjukkan impak positif dengan pengurangan kawasan berisiko banjir dari 328 km persegi pada tahun 2020 kepada 285 km persegi pada tahun 2024.

KAEDAH 2: REAL-TIME DATA

Dari segi ‘prediction tools’ dan sistem amaran awal, Jabatan Saliran dan Pembetungan telah memasang 32 stesen turunan hujan di seluruh negara yang mencatatkan data turunan hujan secara real-time. Data ini membantu menilai corak hujan serta mengesan trend peningkatan hujan yang boleh meningkatkan risiko banjir di sesuatu kawasan.

Selain itu, paras air sungai di kawasan kritikal dipantau secara masa nyata menggunakan peranti Internet of Things (IoT) di lokasi strategik seperti Sungai Kedayan dan Sungai Damuan. Inisiatif ini akan diperluas secara berperingkat. Sebagai Contoh, lebih banyak sensor paras air akan dipasang melalui "Projek Drainage Data Management Support System Fasa 1 di bawah inisiatif Next Generation Weather Analysis, Forecast and Warning Integrated System" dibawah kendalian Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam.

Melalui kerjasama dengan Jabatan Kajicuaca, Jabatan Saliran dan Pembetungan mempunyai akses kepada ramalan cuaca terkini secara berterusan bagi mengenal pasti potensi hujan lebat atau ribut yang boleh menyebabkan banjir. Di samping itu, statistik kejadian banjir yang dikumpul oleh Jabatan Kerja Raya digunakan untuk mengenal pasti trend serta kekerapan banjir di kawasan terjejas, membolehkan perancangan mitigasi yang lebih proaktif.

KAEDAH 3: PEMODELAN BANJIR (FLOOD MODELLING)

Dengan kerjasama konsultan tempatan, kawasan yang berisiko tinggi yang sering mengalami banjir telah dikenalpasti oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan melalui pemetaan kawasan mudah banjir. Melalui pemetaan ini, kawasan yang kerap banjir telah dikenal pasti. Manakala pemodelan membolehkan unjuran dibuat berdasarkan faktor seperti intensiti hujan, kapasiti sistem saliran, dan kenaikan paras air di kawasan tadahan. Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dalam menghadapi cabaran banjir, di mana teknologi terkini dan pelan mitigasi strategik serta holistik digunapakai demi melindungi kawasan berisiko serta memastikan kesejahteraan rakyat.

Melalui ketiga-tiga kaedah yang disebutkan di atas, kawasan risiko tinggi yang telah dikenal pasti dan akan diberikan perhatian dalam perancangan mitigasi banjir akan datang adalah:

| District (Daerah) | Kampung | |-------------------|-------------| | Brunei-Muara | Kampung Anggerek Desa | | | Kampung Kapok | | | Pantai Serasa | | | Kampung Subok | | | Mukim Gadong | | Tutong | Kampung Sengkarai | | | Kampung Bakiau | | | Mukim Rambai | | Temburong | Kampung Bukit Beruang | | | Mukim Bangar | | | Mukim Bokok | | | Mukim Labu | | | Mukim Batu Apoi | | Belait | Kampung Sungai Teraban | | | Mukim Labi | | | Mukim Bukit Sawat | | | Mukim Sukang |

Sebagai kesimpulan, pendekatan komprehensif, penggunaan alat ramalan canggih, dan pelaksanaan projek mitigasi secara berfasa ini diharap akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dalam mengurangkan risiko serta impak banjir, demi keselamatan orang awam dan perlindungan harta benda.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.