Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT17

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 5 minit
📊 Bilangan kata: 971 kata

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan langkah kementerian boleh menggalakkan atau memudahkan penyerapan insentif untuk mencapai kecekapan tenaga dan inisiatif hijau dalam perancangan projek-projek. Adakah kementerian mempunyai inisiatif atau pelan sokongan yang dapat mendorong pemaju untuk mengintegrasikan amalan mesra alam dalam projek mereka, sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih mampan.

YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​

JAWAPAN:

Kementerian Pembangunan telah dan terus melaksanakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan dan mempermudah penyerapan amalan kecekapan tenaga dan inisiatif hijau dalam perancangan projek pembangunan.

Selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara, khususnya strategi yang berkaitan dengan pengurangan emission dan kecekapan tenaga, Kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mendorong pemaju mengintegrasikan amalan mesra alam dalam projek pembangunan mereka. Antara langkah dan pelan sokongan yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pengenalan garis panduan bangunan hijau Brunei Accredited Green Unified Seal (BAGUS): Brunei Accredited Green Unified Seal (BAGUS) adalah sistem pengiktirafan bangunan hijau yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Brunei pada Mac 2016. BAGUS bertujuan untuk menilai dan mengiktiraf bangunan bukan kediaman yang mencapai piawaian tertentu dalam reka bentuk hijau, keberlanjutan alam sekitar, dan penggunaan tenaga yang efisien tanpa menjejaskan keselesaan pengguna.

    Pada tahun 2025, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah menyediakan Garis Panduan yang lebih terperinci sebagai panduan untuk mendapatkan pengiktirafan BAGUS bagi bangunan-bangunan bangunan Kerajaan sedia ada serta projek-projek bangunan baharu di bawah kategori bangunan Kerajaan, komersial, perumahan bertingkat (seperti pangsapuri) dan perindustrian.

    Melalui BAGUS, tahap "kehijauan" atau kelestarian sesebuah bangunan dinilai dan diberikan pengiktirafan dalam empat kategori berbeza berdasarkan markah inisiatif hijau yang diterapkan iaitu: Platinum (tertinggi), Emas (Gold), Perak (Silver) dan Certified (asas). Pengiktirafan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti reka bentuk cekap tenaga, pengurangan penggunaan air, penggunaan bahan lestari, pengurusan sisa semasa pembinaan, dan sebagainya.

    Inisiatif BAGUS juga mengambil kira usaha penghijauan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Pensijilan Green Mark di bawah Building and Construction Authority (BCA), Republik Singapura. Pada 19 Januari 2023, Bangunan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) melakar sejarah sebagai bangunan pertama di Negara Brunei Brunei Darussalam yang mencapai Pensijilan Hijau taraf Platinum di bawah Pensijilan Green Mark. Pencapaian ini membuktikan potensi tinggi dalam pencapaian standard tinggi bangunan hijau di negara ini.

  • Insentif Perancangan Bagi Pemaju Mesra Alam: Bagi mendorong pemaju untuk mengguna pakai prinsip reka bentuk hijau, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah mengintegrasikan insentif khusus dalam prosedur Kebenaran Merancang. Kini, pencapaian pengiktirafan BAGUS diambil kira sebagai salah satu kriteria kelulusan perancangan. Pemaju yang mempunyai projek yang mendapat pengiktirafan BAGUS diberikan insentif tambahan keluasan lantai (floor area bonus) melebihi had standard yang dibenarkan mengikut tahap pengiktirafan seperti berikut:

    • Pengiktirafan Platinum: Tambahan 20% keluasan lantai dibenarkan melebihi keluasan asal yang diluluskan;

    • Pengiktirafan Emas: Tambahan 15% keluasan lantai;

    • Pengiktirafan Perak: Tambahan 10% keluasan lantai; dan

    • Pengiktirafan Certified: Tambahan 5% keluasan lantai.

    Insentif ini bermakna pemaju boleh membina ruang lantai lebih besar (contohnya menambah unit atau keluasan kedai/pejabat) daripada kebiasaan sekiranya mereka mencapai tahap bangunan hijau tertentu. Langkah ini memberi motivasi langsung kepada pemaju untuk melabur dalam ciri-ciri hijau kerana mereka mendapat pulangan dalam bentuk nilai hartanah yang lebih tinggi. Disamping itu, ABCi juga sedang merancang untuk menganjurkan Anugerah Pengiktirafan BAGUS bagi memberi penghargaan kepada pemaju dan pemilik bangunan yang berjaya mencapai tahap tinggi dalam pengiktirafan bangunan hijau. Penganugerahan ini akan memupuk persaingan sihat dalam kalangan industri pembinaan untuk mencapai standard lebih baik dalam amalan mesra alam.

    • Kaedah sokongan lain: Melalui Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan strategi-strategi kebangsaan ke arah pembangunan mampan, Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Brunei di bawah Jabatan Perdana Menteri juga menggariskan sasaran dan dasar yang menjadi rujukan dalam pembinaan bangunan, termasuk menggalakkan tenaga lestari dan kecekapan tenaga dalam bangunan serta kempen kesedaran awam. Selain itu, Skim Produk Mampan (Sustainable Products Scheme) telah diperkenalkan oleh ABCi pada tahun 2022 untuk mendaftarkan bahan dan produk binaan yang mampan bagi menggalakkan penggunaannya. Menurut data yang terkini, lebih daripada 80 produk telah diluluskan di bawah skim ini, termasuk produk-produk tempatan yang mempunyai kesan jejak karbon yang baik.

Dengan pendekatan menyeluruh yang merangkumi garis panduan, pensijilan dan insentif perekonomian, Kementerian Pembangunan telah dan akan meneruskan usaha untuk mewujudkan ekosistem pembinaan hijau di negara ini. Langkah-langkah ini diharap dapat memupuk budaya pembangunan mampan dalam kalangan pemaju tempatan, di mana amalan mesra alam bukan lagi satu pilihan sampingan tetapi menjadi arus perdana dalam setiap projek. Selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, usaha-usaha ini adalah selaras dengan matlamat untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di seluruh negara serta menyediakan persekitaran kehidupan yang lebih sihat dan lestari bagi generasi kini dan akan datang.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.