Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT13

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 540 kata

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memastikan pengurusan waqaf dipermudahkan dan dipercepatkan serta diberigakan untuk menarik lebih ramai rakyat Brunei berwaqaf dalam negeri. Pengurusan waqaf dirasakan perlahan dan perlu lebih mengutamakan peningkatan kecekapan pengurusan zakat, aset-aset waqaf, dan baitulmal. Masalah ini telah menyebabkan ramai rakyat memilih untuk berwaqaf di luar negara.

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA​

JAWAPAN:

Waqaf di Brunei Darussalam adalah mudah dilaksanakan dan terjamin. Pewaqaf boleh menyumbang dalam bentuk harta tanah, bangunan, wang tunai, dan aset lain.

Pengurusan wakaf di Negara Brunei Darussalam adalah di bawah bidang kuasa Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) berdasarkan peruntukan dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77. Dengan tertubuhnya Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) yang telah dirasmikan pada 19 Julai 2023, Jabatan ini bertanggungjawab mengurus, memantau dan memastikan aset waqaf dimanfaatkan secara optimum.

Menurut catatan rekod dalam daftar statistik harta waqaf yang diamanahkan, dari tahun 1989 hingga tahun 2024, seramai 104 waqif (pewaqaf) telah berwaqaf dalam bentuk wang tunai dengan jumlah yang diterima adalah sebanyak BND4,266,188.62. dan 87% dari niat waqaf tunai tersebut adalah bagi kegunaan pembinaan / penambahan / memperbaiki masjid, membantu institusi tertentu dan menolong golongan yang memerlukan. Catatan juga merekodkan, seramai 338 waqif (pewaqaf) telah mewaqafkan harta-harta mereka, seperti (a) Kereta Jenazah; (b) Perkakas Elektronik; (c) Pelbagai Peralatan bagi kegunaan keugamaan dan pendidikan serta; (d) Projek pengumpulan dana waqaf bagi pembinaan projek kemaslahatan masyarakat.

Dalam pada itu, satu rang undang-undang telah digubal dan siap dibincangkan oleh Majlis Ugama Islam dengan harapan agar Negara ini mempunyai akta waqafnya tersendiri yang lebih komprehensif dan sesuai dengan perkembangan semasa. Penguatkuasaan perintah/undang-undang ini nanti antara lain bertujuan bagi memberikan nilai tambah yang signifikan seperti berikut:

(a) Meningkatkan Ketelusan: Memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan ketelusan dalam pengurusan aset waqaf, termasuk pelaporan kewangan yang lebih terperinci dan audit berkala.

(b) Pengukuhan Institusi Waqaf: Mengukuhkan institusi yang bertanggungjawab mengurus waqaf, termasuk peningkatan kapasiti dan kemahiran kakitangan serta membuka peluang pekerjaan bagi rakyat Negara Brunei Darussalam yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang waqaf, kewangan Islam, pelaburan dan sebagainya.

(c) Pembangunan Aset: Meningkatkan pembangunan dan penggunaan aset waqaf untuk memaksimumkan manfaat kepada masyarakat, termasuk menarik minat pelaburan dari dalam atau luar negara seperti Islamic Development Bank (IsDB) dalam projek-projek yang berpotensi tinggi.

(d) Penyertaan Masyarakat: Mendorong penyertaan aktif masyarakat dalam pengurusan waqaf, termasuk melalui pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan waqaf.

(e) Pengawalan dan Pengawasan: Memperkenalkan mekanisme pengawalan dan pengawasan yang lebih ketat untuk memastikan pengurusan waqaf yang adil dan berkesan.

Begitulah harapan kita, dengan penubuhan JUZWAB dan pelaksanaan undang-undang ini nanti ianya akan dapat memperkemaskan lagi pengurusan waqaf di Negara ini dengan lebih teratur dan efisien serta memastikan pewaqaf merasa sumbangan dan harta-harta yang mereka waqafkan itu ditadbir urus dan dikelolakan dengan terbaik dan dilindungi oleh undang-undang.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.