Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT113

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman meminta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah strategi dalam memperkukuhkan daya tahan rantaian bekalan, termasuk kepelbagaian sumber import, peningkatan pengeluaran tempatan, penyimpanan stok strategik serta kerjasama dengan pihak industri bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan rakyat sentiasa mencukupi dan stabil?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan rakyat sentiasa mencukupi dan stabil, antara usaha di bawah Kementerian ini adalah terutamanya dalam sektor makanan dan agrimakanan adalah termasuk inisiatif-inisiatif sekuriti makanan seperti berikut:

  • Pembangunan zon makanan Brunei-Singapore Agri-Tech Food Zone (ATFZ) yang ditubuhkan dan diusahakan di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia & Kerajaan Singapura. Ianya bertujuan untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan yang dapat mewujudkan ekosistem agrimakanan yang bersepadu dan menyeluruh untuk menarik pelabur serantau dan antarabangsa. ATFZ ini juga akan merangkumi keupayaan dan proses perdagangan serta eksport yang kompetitif dan berkesan, penyediaan teknologi pertanian dan kemudahan pemprosesan, serta pembangunan kapasiti dalam keselamatan makanan. Fokus awal adalah dicadangkan untuk diberikan kepada sektor akuakultur dan akan dikembangkan kepada sektor-sektor lain yang bernilai tinggi di peringkat seterusnya. Antara lain bidang-bidang berpotensi yang dapat dijana daripada inisiatif ini adalah termasuk pengeluaran produk akuakultur; pemprosesan hiliran dan penambahan nilai; pembangunan pasaran; rangka kerja kawal selia dan piawaian; penyelidikan, pembangunan dan inovasi; serta pembangunan bakat.

  • Penubuhan sebuah pusat inovasi akuakultur (Brunei Aquaculture Innovation Centre, BAIC) iaitu satu inisiatif di bawah Working Group 1: Food Supply antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Singapura melalui Jawatankuasa Bersama (Brunei-Singapore Joint Committee).

Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan hab penyelidikan dan kajian untuk ladang-ladang akuakultur; menyediakan perkhidmatan makmal dan sokongan teknikal untuk pengusaha-pengusaha tempatan; menyediakan peluang pengalaman praktikal dan kemahiran dalam industri akuakultur, penyelidikan dan teknologi baharu bagi pelajar-pelajar; dan memupuk inovasi melalui pembangunan teknologi dan metodologi akuakultur baru bagi memperkukuh daya tahan bekalan makanan negara.

Oleh itu, Kementerian ini akan terus berusaha untuk mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan makanan melalui mempelbagaikan pasaran eksport dan sumber input industri, dan pengukuhan kerjasama ekonomi serantau.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.