Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT088
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan isu caj transaksi sebagai contoh seperti permohonan pinjaman bank yang berbeza di antara Pejabat Tanah Brunei Muara yang mencecah BND$2 dibandingkan dengan daerah lain iaitu BND$1 sahaja dan sebab terdapat perbezaan ini serta kesannya kepada pendapatan jabatan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Caj transaksi yang dikenakan bagi pembebasan gadaian tanah bagi tanah-tanah yang dicagarkan kepada institusi kewangan swasta, antaranya ialah bayaran sebanyak $2.00 iaitu bayaran $1.00 untuk duti setem bagi pembebasan cagaran dan bayaran $1.00 untuk bayaran pendaftaran pembebasan cagaran. Caj $2 tersebut termasuk dalam pecahan bayaran-bayaran lain yang perlu dibayar bagi permohonan pembebasan cagaran tersebut.
Kadar caj transaksi ini masih lagi sama tanpa sebarang perubahan sejak ianya mula dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara seragam dan konsisten di semua Pejabat Tanah Daerah.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.