Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT082

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes yang diterima dan diselesaikan serta tempoh purata penyelesaian kes oleh Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC) sejak penubuhannya, dan sama ada statistik prestasi tersebut akan diterbitkan setiap tahun bagi meningkatkan kefahaman awam dan menyokong penilaian dasar?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sejak penubuhannya, Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC) telah mengendalikan sebanyak 49 kes domestik dan antarabangsa, dengan jumlah nilai pertikaian melebihi BND$47 juta. Dari segi perkembangan tahunan, penggunaan perkhidmatan BDAC menunjukkan jumlah pengendalian kes-kes yang menggalakkan bagi Kes Penilaian (Case Evaluation), Timbangtara (Arbitration) dan Pengantaraan (Mediation), iaitu empat (4) kes pada tahun 2022, meningkat kepada tiga belas (13) kes pada tahun 2023, seterusnya enam belas (16) kes pada tahun 2024, empat belas (14) kes pada tahun 2025, dan dua (2) kes bagi tahun ini sehingga kini.

Mengikut pecahan, kes-kes Timbangtara yang dikendalikan secara keseluruhan adalah sebanyak lima (5) kes, Pengantaraan sebanyak dua puluh empat (24) kes, manakala terdapat dua puluh (20) kes penilaian.

Untuk makluman, terdapat nilai pertikaian bagi satu (1) kes yang dikendalikan BDAC telah mencecah sekitar BND$20 juta. Statistik-statistik berkenaan menunjukkan bahawa bilangan kes, kuantum dan kepentingan kes-kes komersial yang dirujuk kepada BDAC adalah menggalakkan dan signifikan dalam menyelesaikan pertikaian secara alternatif.

Jika dilihat dari sudut bilangan secara keseluruhan, jumlah kes tersebut mungkin kelihatan masih rendah. Walau bagaimanapun, perkara ini hendaklah dilihat dalam konteks ekosistem Penyelesaian Pertikaian secara Alternatif (ADR) di Negara Brunei Darussalam yang masih baru dan sedang berkembang secara berperingkat. Perkembangan sedemikian juga adalah selaras dengan pengalaman pusat-pusat ADR di negara lain, di mana pembudayaan pengantaraan dan timbangtara tidak berlaku secara serta-merta, dan memerlukan masa untuk membina keyakinan pihak-pihak yang berkepentingan, memperkukuhkan kapasiti profesional, dan badan institusi.

Dalam menilai keberkesanan sesebuah pusat ADR, penilaian tersebut tidak wajar dibuat berdasarkan bilangan kes semata-mata, tetapi hendaklah juga mengambil kira penilaian pertikaian yang dikendalikan, seperti kompleksiti kes, serta keupayaan institusi untuk menyediakan saluran penyelesaian pertikaian yang berwibawa, diyakini, dan kos efektif.

Bagi kes-kes Pengantaraan, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan proses tersebut dan hadir dengan mandat yang mencukupi, proses Pengantaraan seperti lazimnya boleh dijalankan dan diselesaikan dalam tempoh sehari.

Manakala bagi aliran Timbangtara pada kebiasaannya mengambil masa yang lebih panjang tertakluk kepada kes yang didengar. Walaubagaimanapun, perkara utama bukanlah semata-mata soal kepantasan, tetapi pilihan akses keadilan melalui Timbangtara sebagai satu mekanisme alternatif daripada litigasi. Kelebihan Timbangtara adalah dari segi kerahsiaan (maklumat terhad kepada kes manager sahaja), proses yang lebih fleksibel, serta autonomi pihak-pihak untuk memilih penimbangtara masing-masing, di samping menentukan peraturan dan tatacara yang bersesuaian untuk digunapakai dalam menjalankan proses Timbangtara berkenaan.

Selaras dengan hasrat bagi meningkatkan penggunaan ADR, BDAC juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi memperkukuh ekosistem ADR dan membina kepercayaan orang awam terhadap penggunaannya. Antara inisiatif-inisiatif yang diambil termasuk:

  • a) Program kesedaran awam dan pendidikan ADR secara berterusan melalui seminar, forum, syarahan, sesi perkongsian maklumat dan jerayawara di seluruh daerah;
  • b) Jangkauan yang lebih tersasar kepada sektor-sektor strategik, termasuk pembinaan, perbankan, tenaga, minyak dan gas, syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana;
  • c) Penyediaan pengantaraan secara pro bono bagi membantu pihak-pihak yang mempunyai sekatan kewangan supaya akses kepada keadilan alternatif dapat diperluaskan;
  • d) Pembangunan kapasiti profesional melalui kursus, bengkel, pensijilan dan latihan berterusan, termasuk kerjasama dengan institusi luar negara;
  • e) Peningkatan bilangan pengantara dan penimbangtara tempatan yang bertauliah antarabangsa;
  • f) Penggunaan platform digital bagi pentadbiran kes, pengurusan dokumen, serta pendengaran secara hibrid dan maya untuk meningkatkan kecekapan;
  • g) Pengemaskinian peraturan institusi dan tatacara pengendalian kes supaya proses penyelesaian pertikaian menjadi lebih cekap, responsif dan teratur;
  • h) Kerjasama strategik bersama pusat-pusat ADR dan institusi-institusi ADR luar negeri; dan
  • i) Kerjasama strategik dengan Mahkamah, Kementerian, Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan, dewan perniagaan dan persatuan industri bagi memperluas kefahaman dan penggunaan ADR.

Kesemua usaha ini menunjukkan bahawa pembinaan keyakinan terhadap ADR adalah suatu proses yang perlu dilaksanakan secara konsisten dan berterusan. Kepercayaan awam dan industri terhadap pengantaraan dan timbangtara perlu dipupuk melalui rekod prestasi yang baik, kualiti pengendalian kes, kepastian perundangan, serta pendedahan yang berterusan. Dalam konteks ini, Kerajaan akan terus menyokong usaha-usaha BDAC untuk mengukuhkan peranan ADR sebagai pelengkap penting kepada sistem keadilan negara serta meningkatkan Akses kepada Keadilan (Access to Justice).

Mengenai penerbitan statistik prestasi secara tahunan, kerajaan mengambil maklum akan kepentingan pelaporan sedemikian dalam meningkatkan kefahaman awam, memperkukuh ketelusan, dan menyokong penilaian dasar. Sehubungan itu, usaha ke arah memperkukuh penyampaian maklumat dan pelaporan prestasi akan terus diteliti dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan institusi dan keperluan dasar. Walaubagaimanapun, dialu-alukan bagi Orang Awam untuk melayari laman sesawang BDAC di www.bdac.com.bn untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai statistik-statistik terkini dan latihan-latihan yang ditawarkan.

Akhir sekali, Kerajaan ingin menggalakkan semua pihak, termasuk sektor swasta, supaya mempertimbangkan ADR — sama ada melalui pengantaraan atau timbangtara — sebagai salah satu saluran utama dalam menyelesaikan pertikaian mereka. Kejayaan pembangunan ekosistem ADR bukan sahaja bergantung pada institusi, tetapi juga pada kesediaan pihak-pihak berkepentingan untuk memanfaatkannya dengan penuh keyakinan dan secara berterusan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.