Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT067

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan sejauh manakah Program Sijil Profesional Pembimbing Haji dan Umrah (SP-PHU) berjaya memperkukuh pembangunan modal insan dan kapasiti industri? Apakah strategi untuk menjadikan ini sebagai salah satu laluan pembangunan profesional bagi memenuhi keperluan sektor haji dan umrah serta memperluas penyertaan anak tempatan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

I. Latar Belakang Program

Program Sijil Profesional Pembimbing Haji dan Umrah (SP-PHU) telah berjaya memperkukuh pembangunan modal insan dan kapasiti industri melalui pembangunan kompetensi pembimbing yang bersifat holistik merangkumi aspek ilmu syariah, kemahiran profesional, pengurusan jemaah dan keupayaan menangani cabaran semasa dalam pelaksanaan ibadah haji serta umrah.

Modul yang ditawarkan dibangunkan berdasarkan keperluan sebenar industri dan perkembangan semasa pengurusan haji dan umrah. Antara kandungannya ialah manasik haji dan umrah, fatwa serta isu-isu semasa berkaitan ibadah, komunikasi berkesan, pengurusan psikologi jemaah, pertolongan cemas dan kesihatan jemaah. Penguasaan bidang-bidang ini penting dalam memastikan pembimbing tempatan mempunyai kompetensi yang seimbang dari aspek keilmuan, kemahiran interpersonal dan pengurusan krisis.

Pemegang tauliah daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) yang turut mengikuti program ini berpeluang untuk berkhidmat sebagai pembimbing serta petugas haji dan umrah yang bertauliah. Ini menjadi nilai tambah yang signifikan sekaligus menyumbang kepada peningkatan tahap profesional dan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam sektor haji dan umrah di negara ini. Di samping itu, program ini turut menjadi salah satu laluan pembangunan profesional bagi meningkatkan penyertaan anak tempatan dalam industri haji dan umrah.

II. Penglibatan Pelbagai Agensi Kerajaan dan Pihak Industri

Program ini turut diperkukuh melalui kerjasama strategik pelbagai agensi iaitu Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji, Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Mufti Kerajaan, Kementerian Kesihatan dan KUPU SB melalui Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Pusat Bahasa.

Sinergi antara institusi-institusi berkenaan membolehkan peserta memperoleh ilmu yang berautoriti, latihan berasaskan amalan terbaik (best practices), dan kefahaman yang menyeluruh mengenai aspek syariah, operasi, kesihatan serta komunikasi.

Di samping itu, penglibatan syarikat pengendali umrah yang berpengalaman dan diiktiraf seperti Darussalam Holdings Sdn. Bhd. dan Balurih Travel dalam kalangan peserta pembimbing memberikan nilai tambah kepada program melalui pendedahan kepada situasi sebenar di lapangan termasuk aspek pengurusan logistik, penyelarasan perjalanan, pengendalian jemaah pelbagai latar belakang, penyelesaian isu operasi dan perkongsian pengalaman sebenar daripada pengamal industri. Pendekatan ini merapatkan jurang antara teori dan amalan.

III. Penyelarasan Dasar Kerajaan Arab Saudi

Program ini juga mengambil kira dasar dan keperluan semasa Kerajaan Arab Saudi yang sentiasa berkembang termasuk syarat kelayakan pembimbing, piawaian keselamatan, prosedur pengurusan jemaah dan garis panduan operasi ibadah haji serta umrah. Penyesuaian kandungan program dengan dasar antarabangsa ini memastikan pembimbing tempatan sentiasa relevan, memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada jemaah.

IV. Penggunaan Platform Digital

Seiring dengan transformasi digital dalam pengurusan haji dan umrah, SP-PHU turut mengintegrasikan latihan penggunaan platform digital rasmi seperti aplikasi Nusuk, sistem e-Visa dan aplikasi berkaitan kesihatan serta pengurusan permit. Pembimbing dilatih untuk membantu jemaah mengurus permit ibadah, jadual perjalanan, navigasi lokasi suci dan keperluan digital lain. Penguasaan teknologi ini meningkatkan kecekapan operasi dan membolehkan pembimbing memberi bimbingan yang lebih efektif dalam persekitaran pengurusan haji dan umrah yang semakin berasaskan teknologi.

V. Pembangunan Kompetensi Lanjutan

Bagi memastikan pembangunan profesional pembimbing berlaku secara berterusan dan tidak terhenti selepas tamat program, beberapa perancangan peningkatan kompetensi telah dikenal pasti, antaranya memperkenalkan Sijil Khas Pembimbing Haji dan Umrah (SK-PHU) Tahap 2 sebagai laluan pembangunan profesional lanjutan. Antara program lanjutan yang dicadangkan:

  • Kursus Pertolongan Cemas (First Aid) yang diiktiraf secara rasmi bagi meningkatkan keupayaan pembimbing mengendalikan situasi kecemasan dan menjaga keselamatan jemaah.
  • Kursus Pengukuhan Tazkiyatun Nafs (Pendidikan Jiwa) yang memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah, pengurusan emosi, kesabaran, daya tahan serta bimbingan kerohanian yang amat diperlukan oleh para pembimbing ketika mengurus jemaah di Tanah Suci.

Pelaksanaan laluan pembangunan kompetensi secara berperingkat ini membolehkan pembimbing sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengikut keperluan industri, seterusnya mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pembimbing haji dan umrah.

VI. Pandangan Jabatan Urusan Haji

Jabatan Urusan Haji, sebagai salah satu pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Sijil Profesional Pembimbing Haji dan Umrah (SP-PHU) melihat bahawa program ini telah berjaya memperkukuhkan pembangunan modal insan dengan melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam pengurusan serta ilmu manasik haji dan umrah.

Kehadapan, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak berkepentingan bagi memperkukuhkan pembangunan kapasiti sumber manusia, memperluaskan peluang latihan serta meningkatkan profesionalisme pengamal industri haji dan umrah agar memenuhi keperluan semasa dan standard perkhidmatan yang ditetapkan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.