Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT092

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA'AKUB meminta MENTERI KEWANGAN II menyatakan bagaimanakah prestasi GLC dalam pembangunan modal insan diukur dan dilaporkan kepada kerajaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kewangan II

Pihak Kerajaan mengiktiraf bahawa pembangunan modal insan merupakan antara strategi dalam memperkukuh prestasi dan kemampanan GLC. Sehubungan itu, Kerajaan melalui Darussalam Assets (DA) Sendirian Berhad, telah memastikan setiap GLC bukan sahaja dinilai berdasarkan prestasi kewangan dan operasi, malah turut mengambil kira keberkesanan pembangunan modal insan sebagai salah satu elemen penting dalam meningkatkan daya saing dan kemampuan syarikat.

Prestasi pembangunan modal insan Kumpulan Syarikat DA diukur melalui beberapa KPI, antaranya pertumbuhan tenaga kerja, komposisi tenaga kerja tempatan dan ekspatriat, pembangunan bakat dan kepimpinan, penyertaan dalam program pembangunan kapasiti, peningkatan kompetensi serta pelaksanaan inisiatif pembangunan tenaga kerja seperti Program i-Ready.

Prestasi tersebut dipantau dan dilaporkan secara berkala kepada Ahli Lembaga Pengarah DA selaku wakil pemegang saham Kerajaan melalui laporan prestasi korporat dan laporan tahunan syarikat. Maklumat tersebut digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan strategi pembangunan modal insan, mengenal pasti jurang kompetensi serta menyokong penambahbaikan berterusan terhadap dasar, program pembangunan bakat dan perancangan tenaga kerja secara berterusan. Langkah ini membolehkan Kerajaan memastikan GLC terus membangunkan modal insan yang kompeten, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan pembangunan negara.

Di samping itu, Kumpulan Syarikat DA menyokong agenda pembangunan modal insan negara melalui pelbagai inisiatif pembangunan bakat. Sejak Oktober 2023, seramai 226 orang perantis Program i-Ready telah ditempatkan di syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Syarikat DA sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kebolehpasaran (marketability) belia serta menyediakan bakat tempatan yang bersedia memenuhi keperluan industri.

Antara inisiatif utama pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Syarikat DA ialah:

  • Program pembangunan kepimpinan dan profesional bagi Ahli Lembaga Pengarah, serta pegawai dan kakitangan;

  • Pembelajaran berterusan melalui platform DArjah Learning Management System;

  • Latihan berstruktur, bimbingan penyelia, pembelajaran di tempat kerja (on-the-job training) dan penilaian prestasi berkala bagi peserta Program i-Ready;

  • Pembangunan kompetensi profesional dalam bidang teknologi maklumat telah meningkatkan keupayaan dalaman Kumpulan DA serta mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan luar yang mana penjimatan sebanyak BND10 juta dalam kos pelaksanaan projek-projek kumpulan syarikat DA;

  • Penambahbaikan fungsi pengurusan sumber tenaga manusia secara berterusan melalui pelaksanaan HR Audit dan Group Engagement survey secara tahunan bagi Kumpulan Syarikat DA; dan

  • Pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan bakat (talent development) di syarikat-syarikat di bawah Kumpulan DA, termasuk Program Biasiswa Cadet DPS, Biasiswa Kejururawatan JPMC dan UNN Training Academy.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan GLC bukan sahaja mencapai prestasi komersial yang mampan. Malah turut berperanan sebagai pemangkin pembangunan modal insan negara melalui pewujudan peluang pekerjaan berkualiti, pembangunan kepimpinan, pemindahan pengetahuan serta peningkatan kompetensi tenaga kerja tempatan.

Dalam pada itu, Kerajaan melalui Darussalam Assets akan terus memperkukuh tadbir urus pembangunan modal insan di GLC dengan menambah baik mekanisme pemantauan prestasi, memperluaskan pembangunan bakat serta menggalakkan budaya pembelajaran berterusan bagi memastikan GLC terus berdaya saing dan mampu menyokong pembangunan sosioekonomi Negara Brunei Darussalam selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.