Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT068

SOALAN

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah bantuan kewangan, geran dan insentif yang telah disalurkan kepada perusahaan tempatan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini mengikut skim, serta apakah mekanisma yang digunakan bagi menilai keberkesanan bantuan tersebut dari segi pertumbuhan jualan, produktiviti, eksport, peluang pekerjaan dan kelangsungan syarikat penerima?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Setakat ini, BEDB telah merekodkan bantuan kewangan, geran dan pelaburan yang disalurkan atau dimudah cara melalui beberapa skim termasuk:

  • Skim Co-Matching: 104 permohonan telah diluluskan dengan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak BND1,513,223.91. Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga BND20,000.00 bagi setiap PMKS berdasarkan nisbah 70:30 antara BEDB dan penerima.

  • Growth Facilitation Fund: 3 syarikat di bawah Program Elevate yang telah menerima suntikan kewangan sebanyak BND276,000.00, dengan menyediakan pembiayaan sehingga 60 peratus daripada kos aktiviti yang dibenarkan, dengan jumlah maksima BND100,000.00 bagi setiap syarikat.

  • Startup Catalyst Fund: bagi tahun kewangan 2026/2027, satu pelaburan berjumlah BND500,000.00 telah diluluskan. Dana ini merupakan pelaburan bersama firma venture capital serantau (dengan nisbah 1:1) dan bukan berbentuk geran.

  • Angel Investing Network: memudah cara pelaburan swasta daripada pelabur angel tempatan dan luar negara ke dalam syarikat startup dan PMKS tempatan dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak BND2,645,800.00 sejak tahun 2021. Pada tahun kewangan 2026/2027, satu pelaburan tambahan berjumlah BND200,000.00 telah dibuat di dalam syarikat tempatan.

  • Pembiayaan bank (Bank Financing): Pihak BEDB telah membantu menyelaras 32 PMKS tempatan mendapatkan skim pinjaman dari institusi perbankan tempatan. Bagi tahun kewangan 2026/2027 setakat ini, dua syarikat tempatan telah diberikan kelulusan berjumlah BND100,000.00. Pembiayaan ini disalurkan oleh institusi perbankan secara langsung dan tidak termasuk dalam jumlah geran BEDB.

BEDB akan terus memperkukuh pemantauan bagi menilai bukan sahaja jumlah bantuan yang disalurkan, tetapi juga terhadap impaknya pertumbuhan dan daya tahan syarikat penerima.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.