Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT081
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA'AKUB meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah sasaran pengurangan kadar pengangguran negara bagi tempoh lima tahun akan datang dan apakah strategi utama untuk mencapainya?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Sasaran bagi kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2035 adalah tidak melebihi 4 peratus sepertimana yang ditetapkan sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan (National KPI) di bawah Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035.
Dalam pada itu, strategi pihak Kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran dapat dibahagikan kepada empat (4) kategori berikut:
a. Mengenal pasti peluang pekerjaan yang sedia ada dan akan datang termasuk peluang pekerjaan baru melalui projek-projek Pelaburan Langsung Asing (FDI). Economic Blueprint menyasarkan jumlah pekerja menjelang tahun 2035 adalah seramai 265,700 orang (iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus daripada 210,523 orang pada tahun 2021 baseline year). Projek-projek FDI berskala besar termasuk Hengyi Fasa 2 dijangka akan memberikan sumbangan yang signifikan kepada pasaran tenaga kerja tempatan menerusi peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung merentasi pelbagai sektor seperti industri hiliran (downstream), pengeluaran makanan, logistik dan perkhidmatan.
b. Menangani ketidakpadanan kemahiran atau skills mismatch melalui inisiatif seperti berikut:
-
Kursus dan latihan di peringkat TVET dan pengajian tinggi diselaraskan dengan keperluan industri bagi memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dengan pasaran kerja semasa. Berdasarkan Graduate Employment Study (GES) Kementerian Pendidikan, kadar pekerjaan graduan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan menunjukkan peningkatan daripada 58 peratus pada tahun 2019 kepada 64 peratus pada 2023.
-
Kerjasama tripartite di bawah Manpower Industry Steering Committee (MISC) di antara pihak industri, pengawalselia, dan institusi latihan serta pendidikan telah menyediakan 15 program yang menjurus kepada peningkatan employability peserta. Setakat 30 Jun 2026, seramai 367 orang (34 peratus daripada 1,067) telah berjaya memperoleh pekerjaan.
-
Program-program upskilling dan reskilling seperti SkillsPlus dan SPIN in Accountancy. Setakat 30 Jun 2026, Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) telah memperkenalkan 17 program kemahiran, termasuk program perantisan, yang telah disertai oleh seramai 16,158 anak tempatan yang terdiri daripada 15,230 pencari kerja dan 928 yang sudah bekerja.
Dari jumlah 13,839 orang yang telah tamat program-program berkenaan:
- Seramai 8,290 orang (atau 60 peratus) telah memperoleh pekerjaan;
- 317 orang lagi (atau 2 peratus) sedang melanjutkan pengajian tinggi;
- 2,884 orang (atau 21 peratus) masih aktif mencari pekerjaan melalui portal Pusat Pekerjaan Brunei; dan
- Manakala selebihnya iaitu 2,348 orang (atau 17 peratus) tidak mempunyai rekod pekerjaan terkini di Tabung Amanah Pekerja; rekod pencarian pekerjaan terkini di Pusat Pekerjaan Brunei; mahu pun kemasukan (enrollment) terkini di dalam institusi pengajian tinggi tempatan, pembiayaan biasiswa keluar negeri, atau Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.
c. Memperkukuhkan amalan dan dasar sumber tenaga manusia melalui inisiatif seperti berikut:
-
Pemberigaan kepada syarikat-syarikat swasta akan kepentingan dasar serta amalan sumber tenaga manusia yang progresif, berdaya saing, dan mampu menarik dan mengekalkan bakat tempatan
-
Pelaksanaan Perintah Pekerjaan Upah Minimum, yang bertujuan untuk mengelakkan para pekerja dibayar gaji yang terlalu rendah dan telah dikuatkuasakan kepada tujuh (7) industri sejak 1 April 2025. Daripada 348 buah syarikat yang telah disenaraikan untuk pelaksanaan Perintah berkenaan dan mengecualikan 101 buah syarikat dengan rekod pengambilan yang tidak tersedia untuk perbandingan, analisa menunjukkan bahawa sebanyak 47 buah syarikat menunjukkan peningkatan pengambilan pekerja tempatan dari tempoh sebelum pelaksanaan Perintah berkenaan (31 Disember 2022) kepada tempoh setelah pelaksanaan (31 Disember 2025); dan
-
Salary Guideline Edisi 2023 bagi sektor swasta yang terus dijadikan rujukan skala gaji yang progresif bagi 22 job families yang merangkumi 100 jawatan. Ianya dihasratkan untuk membantu syarikat-syarikat swasta untuk menentukan gaji yang berpatutan bagi sesebuah jawatan yang dikenal pasti dan seterusnya membantu para pencari kerja tempatan dalam menentukan nilai pasaran kerja pada tahap awal kerjaya mereka. Jawatan-jawatan dalam Salary Guideline tersebut adalah berdasarkan critical occupations yang telah dikenal pasti melalui platform MISC;
d. Pengukuhan usaha pemadanan pekerjaan melalui Pusat Pekerjaan Brunei (PPB). Bagi tahun 2026, sehingga penghujung bulan Jun 2026, seramai 1,501 orang anak tempatan telah berjaya memperolehi pekerjaan melalui usaha direct hire PPB.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.