Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT099

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan lebih ramai guru Physics, Additional Maths, ICT, Design & Technology untuk menyokong STEAM dan usaha Kementerian ke arah memperkasa pendidikan TVET.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan terus memberi perhatian kepada keperluan guru dalam bidang Physics, Additional Mathematics, ICT dan Design & Technology bagi menyokong pengukuhan pendidikan STEAM. Usaha ini dilaksanakan melalui perancangan keperluan tenaga pengajar, pengambilan guru baharu serta peningkatan kompetensi guru yang sedia ada.

Pertama, bagi menambah bekalan guru dalam bidang yang diperlukan, Jabatan Pengurusan Pendidik melaksanakan pengambilan secara terancang berdasarkan kekosongan jawatan, persaraan dan keperluan mata pelajaran di sekolah. Antara saluran pengambilan ialah Program Immersi dan Program Perantis, termasuk pengambilan Kohort 6 pada tahun 2026. Bagi bidang-bidang tertentu seperti Computer Science dan Design & Technology, kekosongan telah dikenal pasti untuk diisi melalui program berkenaan.

Kementerian turut menggunakan Skim Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri yang diikat janji sebagai pendidik sebagai salah satu saluran menyediakan tenaga pengajar mengikut keperluan. Penawaran biasiswa diselaraskan dengan keperluan sebenar tenaga pengajar bagi mengelakkan lebihan bekalan atau ketidaksepadanan bidang pengajian dengan peluang pekerjaan.

Dalam hubungan ini, perancangan pengambilan dan latihan akan terus diselaraskan berdasarkan keperluan bagi mata pelajaran Physics, Additional Mathematics, ICT dan Design & Technology, termasuk mengambil kira penggantian guru yang bersara dan perubahan keperluan sekolah.

Di samping menambah bekalan guru, kompetensi guru yang sedia ada turut diperkukuh. Berdasarkan Analisis Keperluan Guru STEAM yang melibatkan 1,330 orang guru, Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA) melaksanakan latihan yang lebih tersasar dalam bidang seperti pengaturcaraan, Computational Thinking, integrasi kecerdasan buatan dalam pengajaran serta pembelajaran Physics berasaskan teknologi. Kerjasama dengan Seria Energy Lab dan rakan serantau serta antarabangsa turut dilaksanakan bagi memperluaskan pembangunan kompetensi STEAM.

Pendekatan ini bertujuan memastikan bukan sahaja bilangan guru mencukupi, tetapi guru juga mempunyai kemahiran dan keyakinan untuk mengendalikan pembelajaran STEAM secara berkesan.

Memperkasa pendidikan TVET

Bagi TVET, Kementerian Pendidikan terus memperkukuh peranan Politeknik Brunei dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dengan memastikan program yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi. Antara usaha yang dilaksanakan ialah menyemak program dan kurikulum bersama industri; memperluas latihan industri, work-based learning dan perantisan; memperkukuh penglibatan industri dalam latihan dan penilaian kompetensi; serta memperluas program dalam bidang seperti teknologi digital, automasi, ICT, kejuruteraan, tenaga dan teknologi hijau.

Peluang upskilling, reskilling, pembelajaran sepanjang hayat dan mikro-kredensial turut diperluaskan supaya pelajar, graduan dan tenaga kerja sedia ada dapat meningkatkan kemahiran mengikut perubahan teknologi dan keperluan pekerjaan. Kerjasama antara institusi TVET, institusi pengajian tinggi, industri dan agensi berkaitan juga terus diperkukuh bagi mengurangkan ketidakpadanan kemahiran. Secara keseluruhannya, usaha Kementerian memberi tumpuan kepada penyediaan guru STEAM yang mencukupi dan kompeten serta pengukuhan TVET yang lebih rapat dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi. Kedua-dua usaha ini akan terus diselaraskan bagi memastikan pelajar mempunyai asas STEAM yang kukuh dan laluan pendidikan teknikal yang relevan dengan keperluan tenaga kerja negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.