Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT076
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah proses penambahbaikan dan pengemaskinian fungsi KPI Executive Management System (KEMaS) digunapakai sebagai penanda aras tahap pencapaian terhadap pelaksanaan hala tuju, kerangka pelan tindakan serta program-program yang digariskan di dalam ketiga-tiga Blueprint ke arah pemantauan berterusan lagi transparent dan bersistematik ke arah merealisasikan kejayaan matlamat Wawasan Brunei 2035?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pada masa ini, kemajuan Wawasan Brunei 2035 dipantau melalui KPI-KPI Kebangsaan di peringkat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035. KPI-KPI Kebangsaan yang telah ditetapkan menjadi ukuran prestasi dan penanda aras bagi menilai kemajuan dari tahun ke tahun ke arah mencapai sasaran Wawasan menjelang tahun 2035. Bagi memantapkan proses tersebut, Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri menggunakan sistem KPI Executive Management System (KEMaS) sebagai platform digital dalam talian (online) bagi mengurus, memantau dan melaporkan KPI-KPI Kebangsaan secara lebih sistematik, teratur dan berasaskan data.
Antara usaha yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem pemantauan Wawasan Brunei 2035 ialah penambahbaikan sistem KEMaS kepada KEMaS 2.0, termasuk pengintegrasian Indeks Wawasan Brunei secara lebih komprehensif, real-time, dan tepat pada masanya.
Penambahbaikan ini bukan sekadar melibatkan peningkatan fungsi sistem, malah bertujuan memperkukuh pengurusan prestasi di peringkat kebangsaan melalui penyediaan maklumat yang lebih berkualiti, di samping meningkatkan keberkesanan pemantauan kemajuan, pelaporan serta pertimbangan dan pembuatan keputusan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.
Selaras dengan pelaksanaan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 yang telah dikemaskini, penggunaan KEMaS akan diperluaskan secara berperingkat kepada kementerian dan agensi yang berkaitan. Pendekatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan sistem terus berjalan secara teratur dan berkesan sebelum diperluaskan kepada skop penggunaan yang lebih menyeluruh.
Secara keseluruhannya, penambahbaikan KEMaS ini bertujuan memperkukuh pemantauan dan pelaporan pencapaian KPI-KPI Kebangsaan secara lebih sistematik, tepat pada masanya dan berasaskan data. Ini seterusnya meningkatkan keberkesanan penyelarasan pelaksanaan dan proses membuat keputusan serta memastikan usaha ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035 dilaksanakan secara lebih teratur dan bersepadu.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.