Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT056
SOALAN
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan memandangkan pembangunan perumahan bertingkat (apartment) menjadi hala tuju Kementerian Pembangunan untuk menangani kemampuan memiliki rumah dan mengoptimumkan penggunaan tanah, apakah langkah Kementerian bagi mendapatkan penerimaan masyarakat serta memastikan pembangunan tersebut mampan dan memenuhi aspirasi perumahan rakyat Brunei?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Pembangunan perumahan bertingkat (apartment) merupakan antara strategi jangka panjang Kementerian Pembangunan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah, di samping memenuhi permintaan perumahan yang semakin meningkat, khususnya di kawasan bandar yang ramai penduduk.
Bagi memastikan pembangunan ini mendapat penerimaan masyarakat dan memenuhi aspirasi rakyat Brunei, Kementerian memberi penekanan kepada beberapa aspek utama iaitu;
-
Pertama, pemilihan lokasi yang strategik, khususnya di kawasan bandar dan pusat pertumbuhan yang mempunyai jaringan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap. Ini termasuk akses mudah kepada pusat pekerjaan, institusi pendidikan, kemudahan kesihatan, kawasan komersial serta rangkaian jalan raya. Pendekatan ini memastikan pembangunan perumahan bertingkat diintegrasikan secara harmoni dengan persekitaran bandar sedia ada melalui perancangan ketinggian bangunan yang bersesuaian dengan konteks pembangunan Negara Brunei Darussalam. Pelaksanaan secara berperingkat ini bertujuan mengekalkan identiti dan landskap bandar, di samping meningkatkan kemudahan, kualiti hidup serta penerimaan masyarakat terhadap pembangunan perumahan bertingkat.
-
Kedua, ialah dengan memastikan reka bentuk apartment yang inklusif dengan mengambil kira keperluan semua lapisan masyarakat terutamanya warga tua dan warga kurang upaya seperti lif yang mudah diakses, pintu dan koridor yang mencukupi untuk penggunaan kerusi roda, tempat letak kereta khas dan sebagainya. Pendekatan ini bertujuan memastikan semua penghuni dapat bergerak dengan selamat, selesa dan berdikari.
Seterusnya, seperti pembangunan perumahan yang lain, perumahan bertingkat juga menitikberatkan penyediaan kemudahan asas dan komuniti yang lengkap seperti surau, taman permainan, kawasan rekreasi, ruang komuniti, tempat letak kereta, kemudahan sukan serta ruang komersial yang dapat menyokong kesejahteraan dan kehidupan seharian penghuni.
Selain itu, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan yang sistematik juga merupakan elemen penting dalam memastikan pembangunan kekal selamat dan terjaga.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.