Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT112
SOALAN
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan setiap tahun, faktor penyebab yang dikenal pasti dan apakah intervensi yang telah menunjukkan hasil?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan memandang serius isu keciciran dan ketidakhadiran pelajar ke sekolah. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengenal pasti pelajar yang berisiko lebih awal dan membantu mereka terus berada dalam sistem pendidikan.
Bagi peringkat rendah, menengah dan tingkatan enam di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan sekolah swasta, jumlah pelajar yang tercicir ialah 205 orang pada tahun 2021, 212 orang pada tahun 2022, 188 orang pada tahun 2023 dan 135 orang pada tahun 2024. Secara keseluruhan, jumlah tersebut menunjukkan penurunan daripada 205 orang pada tahun 2021 kepada 135 orang pada tahun 2024.
Antara faktor utama yang dikenal pasti ialah ketidakhadiran yang berterusan, kurang minat dan motivasi untuk bersekolah, masalah keluarga dan kewangan, masalah kesihatan, disiplin dan isu sosial serta pengaruh rakan sebaya. Terdapat juga kes yang melibatkan perkahwinan dan masalah pas penuntut.
Bagi menangani perkara ini, beberapa intervensi dilaksanakan, antaranya:
-
Penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib Penggal 211, bagi memastikan kanak-kanak berumur lima tahun hingga sebelum mencapai 15 tahun mengikuti persekolahan, disertai dengan pemberigaan mengenai kepentingan kehadiran ke sekolah kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat;
-
Intervensi awal melalui pemantauan kehadiran, di mana ketidakhadiran selama tiga hari secara berkala atau berturut-turut dikenal pasti sebagai tanda awal yang memerlukan tindakan pihak sekolah;
-
Kerjasama dengan ibu bapa, PIBG, pemimpin masyarakat dan agensi berkaitan, termasuk lawatan ke rumah bagi mengesan pelajar yang tidak bersekolah serta membantu mereka kembali ke sekolah;
-
Program Ri'ayah Wa Mahabbah, yang membantu pelajar yang mempunyai masalah kehadiran dan kurang berkemampuan melalui kemudahan asrama dan sokongan persekolahan. Sejak tahun 2014 hingga 2026, seramai 651 pelajar telah mengikuti program ini; dan
-
Pemberian bantuan mengikut keperluan, termasuk kemudahan asrama dan pengangkutan, peralatan persekolahan serta perkhidmatan kaunseling.
Antara hasil yang dapat dilihat ialah usaha mengesan dan membuat lawatan ke rumah telah membolehkan pelajar yang lama tidak bersekolah didaftarkan semula, iaitu seramai 7 orang pada tahun 2023, 8 orang pada tahun 2024, 11 orang pada tahun 2025 dan 7 orang pada tahun 2026. Selain itu, kanak-kanak yang sebelum ini tidak pernah bersekolah turut berjaya dikenal pasti dan didaftarkan, iaitu 6 orang pada tahun 2023 serta masing-masing 4 orang pada tahun 2024 dan 2025.
Kementerian Pendidikan akan terus bekerjasama dengan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan agensi berkaitan bagi mengenal pasti pelajar berisiko lebih awal dan memberikan bantuan yang bersesuaian, supaya mereka dapat terus mengikuti dan menamatkan persekolahan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.