Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT085
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana Kementerian bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, bagi meningkatkan keupayaan pegawai barisan hadapan berkomunikasi dalam bahasa asing serta memastikan ketepatan dan mutu maklumat pelancongan dalam pelbagai bahasa menjelang Visit Brunei Year 2027?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Pertama, memperkukuhkan pembangunan kompetensi tenaga kerja industri hospitaliti dan pelancongan.
Kementerian terus memperkukuhkan piawaian kompetensi sektor hospitaliti dan pelancongan melalui kerjasama bersama Manpower Industry Steering Committee bagi Hospitaliti dan Pelancongan (MISC-HT), institusi awam dan swasta, serta rakan kerjasama antarabangsa seperti ASEAN-China Centre, ASEAN-Korea Centre dan ASEAN-Japan Centre.
Kerjasama ini merangkumi pembangunan kemahiran profesional, peningkatan standard perkhidmatan, komunikasi antara budaya (cross-cultural communication) serta latihan yang memenuhi keperluan industri pelancongan yang semakin berkembang.
Bagi tahun 2026, pelbagai program pembangunan kapasiti telah dan sedang dilaksanakan, termasuk latihan Customer Service Excellence, Basic First Aid, Health, Safety and Environment (HSE), serta program perkongsian ilmu berkaitan sejarah, warisan dan produk pelancongan.
Latihan ini bertujuan memastikan petugas industri bukan sahaja mempunyai pengetahuan mengenai destinasi, tetapi juga mampu menyampaikan pengalaman pelancongan yang profesional, selamat dan berkualiti kepada pelawat.
Kedua, meningkatkan keupayaan komunikasi bahasa asing dan kefahaman budaya pelawat antarabangsa.
Memandangkan pasaran pelancongan Brunei semakin berkembang dan melibatkan pelbagai pasaran antarabangsa, Kementerian memberi perhatian kepada peningkatan kemahiran bahasa asing khususnya bagi petugas yang berinteraksi secara langsung dengan pelawat.
Antara usaha yang dilaksanakan ialah penyediaan Language and Cross-Cultural Communication Courses melibatkan bahasa seperti Mandarin, Korean, Japanese dan Russian, yang bukan sahaja memberi fokus kepada kemahiran bahasa, tetapi juga pemahaman terhadap budaya, keperluan dan jangkaan pelawat daripada pasaran berkenaan.
Selain itu, Kementerian terus memperluaskan bilangan dan keupayaan pemandu pelancong bertauliah melalui pelaksanaan Basic Tourist Guide Course, termasuk kursus khusus seperti Basic Nature and Wildlife Specialized Tourist Guide Course serta Basic Tourist Guide Course in Mandarin yang dijadualkan pada tahun 2026 ini. Usaha ini penting bagi memastikan Brunei mempunyai tenaga kerja yang mampu memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada pelawat daripada pelbagai latar belakang.
Ketiga, memperkukuhkan budaya hospitaliti melalui Kempen MESRA senegara.
Selain kemahiran teknikal dan bahasa, elemen keramahan, kesopanan dan sikap layanan merupakan kekuatan utama Negara Brunei Darussalam.
Melalui Kempen Kesedaran Kebangsaan MESRA, Kementerian berusaha untuk membudayakan standard hospitaliti yang konsisten dalam kalangan seluruh ekosistem pelancongan, termasuk petugas barisan hadapan, pengusaha hotel, restoran, pengangkutan serta penyedia perkhidmatan pelancongan.
Kempen ini bertujuan memperkukuhkan budaya layanan berasaskan nilai-nilai Brunei yang terkenal dengan sifat mesra, menghormati tetamu dan memberikan pengalaman yang positif kepada pelawat antarabangsa.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.