Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT084
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan akan memperkenalkan kategori pas kerja mengikut tahap kemahiran dan jenis pekerjaan bagi pekerja am, juruteknik mahir, profesional, usahawan dan pakar strategik, berdasarkan syarat kelayakan yang diselaraskan dengan sektor keutamaan dan keperluan pasaran tenaga kerja negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Cadangan untuk memperkenalkan kategori Pas Kerja berdasarkan tahap kemahiran dan jenis pekerjaan masih berada pada peringkat penelitian dan perbincangan awal.
Pada masa ini, warga asing yang bekerja di Negara Brunei Darussalam diberikan Pas Kerja atau Pas Lawatan Profesional berdasarkan tujuan pekerjaan, tempoh kelulusan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, selaras dengan Akta Imigresen dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebelum permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dapat diproses, majikan perlu menyertakan dokumen sokongan termasuk Foreign Worker Clearance Letter daripada Pusat Pekerjaan Brunei sebagai salah satu prasyarat.
Setiap permohonan LPA dinilai berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan seperti sijil pembina, sijil kontraktor dan sijil guaman; serta pematuhan terhadap segala keperluan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Bagi pekerjaan atau profesion yang dikawal selia, sokongan daripada agensi pengawal selia (regulator) adalah diperlukan. Sebagai contoh, jawatan doktor dan pengamal perubatan memerlukan sokongan Kementerian Kesihatan, manakala guru dan profesion berkaitan pendidikan memerlukan sokongan Kementerian Pendidikan. Keperluan yang sama juga digunakan bagi sektor atau profesion lain yang mempunyai badan pengawal selia masing-masing.
Dari segi struktur tenaga kerja asing, jumlah pekerja asing secara keseluruhan adalah seramai 82,013 orang. Berdasarkan Banci Majikan dan Pekerja 2025 setakat April 2026, lima (5) kumpulan teratas pekerjaan adalah seperti berikut:
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.