Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT059

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan berdasarkan Kajian Pembangunan Wanita yang mendapati 67% responden mengalami tekanan akibat tanggungjawab serentak dalam keluarga, pekerjaan dan masyarakat, bagaimanakah Kementerian mentafsir masyarakat berdaya tahan selaras Social Blueprint, serta memastikan kejayaan pembangunan sosial turut mengambil kira kesejahteraan mental dan daya tahan keluarga?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Selaras dengan Social Blueprint Brunei Darussalam, masyarakat yang berdaya tahan ditafsirkan sebagai masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk menghadapi cabaran, menyesuaikan diri dengan perubahan serta merebut peluang ke arah kemajuan, berlandaskan nilai-nilai Islam bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran generasi masa kini dan akan datang.

Selain itu, bagi memastikan kesejahteraan mental serta keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga, khususnya dalam menangani isu tekanan yang dikenal pasti melalui Penyelidikan Mengenai Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam, Social Blueprint menggariskan beberapa langkah strategik berikut:

a. Penerangan mengenai kepentingan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan (work-life harmony) turut diberi penekanan sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan Institusi Keluarga 2025–2029. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengimbangi tanggungjawab keluarga dan kerjaya bagi menyokong kesejahteraan individu, memperkukuh institusi keluarga serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

b. Kesihatan yang Seimbang, iaitu sasaran masa hadapan (Future State) bagi domain kesihatan adalah untuk melahirkan warga sihat dengan kesejahteraan mental dan fizikal yang seimbang melalui penyediaan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.

c. Sistem Sokongan Inklusif dengan Pengukuhan ekosistem perlindungan dan kesejahteraan masyarakat bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat sokongan yang sewajarnya.

Sehubungan itu, Aspirasi Kedua: Memperkasa Keluarga yang Penyayang, Kukuh dan Berdaya Tahan dalam Social Blueprint ada menekankan kepentingan membina masyarakat yang berdaya tahan melalui pengukuhan institusi keluarga, penyertaan komuniti dan penyediaan persekitaran yang menyokong kesejahteraan individu serta keluarga. Usaha ini turut diperkukuhkan melalui Pelan Tindakan Institusi Keluarga 2025-2029 yang memberi fokus kepada pembinaan keluarga yang lebih kukuh, penyayang dan berdaya tahan.

Justeru itu, bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menyokong penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan aktiviti ekonomi, sistem sokongan yang menyeluruh perlu terus diperkukuhkan agar wanita dapat mengimbangi tuntutan pekerjaan, keluarga dan tanggungjawab penjagaan. Ini termasuk mempertimbangkan dasar-dasar sokongan seperti kemudahan penjagaan anak serta pengaturan kerja yang fleksibel, mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi. Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu wanita yang memikul pelbagai peranan sebagai pekerja, ibu dan penjaga kepada anak-anak serta ibu bapa yang lanjut usia, malah dapat menyokong kesejahteraan mental, meningkatkan produktiviti dan menggalakkan penyertaan ekonomi wanita.

Di samping itu, penyelidikan ini turut memperlihatkan perkembangan yang positif apabila majoriti wanita dan lelaki bersetuju bahawa tanggungjawab rumah tangga dan penjagaan anak perlu dipikul secara bersama. Malah, semakin ramai golongan bapa mengambil cuti selepas bersalin dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam penjagaan keluarga. Perkongsian tanggungjawab ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan mental ahli keluarga melalui pengurangan tekanan dan keseimbangan peranan, malah turut memperkukuh daya tahan keluarga. Seterusnya, ia membantu membina institusi keluarga yang lebih kukuh serta menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.

Berdasarkan dapatan kajian Penyelidikan Mengenai Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam tersebut, tiga (3) teras strategik telah dikenal pasti sebagai asas kepada perangkaan Pelan Tindakan Kebangsaan Wanita, iaitu:

a. Mengutamakan Keselamatan dan Kesejahteraan Wanita – Memastikan wanita dilindungi daripada sebarang bentuk kemudaratan serta mempunyai akses kepada sumber dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang selamat, sihat dan sejahtera.

b. Mengoptimumkan Potensi Wanita dalam Pekerjaan dan Pembangunan Kerjaya – Memastikan wanita mempunyai akses kepada sumber, peluang dan sokongan yang membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya dalam bidang pekerjaan dan pembangunan kerjaya.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.