Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT105
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah implikasi perubahan struktur demografi negara terhadap bekalan tenaga kerja, kemampuan fiskal, sistem perlindungan sosial dan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh dua dekad akan datang, serta bagaimanakah unjuran tersebut diterapkan dalam perancangan pembangunan negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam jumlah penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berbanding dengan peningkatan working age population dari tahun 2023 kepada tahun 2025 seperti berikut:
- Working age population (berumur 15 ke 64 tahun) meningkat seramai 3,500 orang, daripada 328,000 orang pada tahun 2023 kepada 331,500 orang pada tahun 2025; manakala
- Golongan berumur 65 tahun dan ke atas meningkat seramai 5,000 orang, daripada 31,300 orang pada tahun 2023 kepada 36,300 orang pada tahun 2025.
Tambahan lagi, Negara Brunei Darussalam menunjukkan fertility rate yang menurun, dari 1.8 pada tahun 2023 ke 1.5 pada tahun 2025. Kadar ini adalah di bawah ideal fertility rate bagi mengekalkan saiz penduduk yang stabil (2.1). Jika tren ini berterusan, negara akan menghala kepada aging population pada kadar yang lebih pantas berbanding negara-negara maju di rantau Asia-Pasifik [Kajian dari IMF (Jun 2026)].
Perubahan struktur disebabkan oleh penuaan penduduk bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan ekonomi jangka panjang, malah membawa cabaran kepada bekalan tenaga kerja seperti pengurangan saiz tenaga kerja; pendedahan sebahagian pekerjaan kepada displacement risk akibat perkembangan teknologi dan automation; dan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan sistem persaraan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peluang yang boleh diterapkan dalam perancangan pembangunan negara, seperti:
i. Sektor penjagaan termasuk bidang kesihatan dan perkhidmatan sosial yang boleh membawa peluang pekerjaan tambahan dalam penjagaan warga emas (geriatric care), perkhidmatan sokongan komuniti, serta pengurusan kesihatan awam; dan
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.