Skip to main content
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT086

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan langkah untuk memperluaskan penerimaan kaedah pembayaran tanpa tunai yang boleh digunakan oleh pelawat antarabangsa di premis-premis perniagaan yang dikunjungi penumpang kapal persiaran, supaya lebih banyak perbelanjaan mereka dapat dimanfaatkan oleh perniagaan tempatan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Penerimaan pembayaran tanpa tunai (cashless payment) dalam kalangan premis perniagaan tempatan merupakan satu aspek penting yang perlu diperkukuhkan, khususnya dalam menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan memastikan lebih banyak perbelanjaan pelawat antarabangsa dapat dimanfaatkan oleh perniagaan tempatan.

Pada masa ini, semakin ramai pelawat, khususnya dari negara-negara utama pasaran sasaran, telah terbiasa menggunakan pembayaran digital dan tanpa tunai sebagai kaedah utama semasa melakukan transaksi. Walau bagaimanapun, Negara Brunei Darussalam pada masa ini masih dalam fasa peralihan, di mana sebahagian daripada aktiviti perniagaan, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan peniaga mikro, masih banyak bergantung kepada transaksi tunai.

Keadaan ini berpotensi menjadi satu cabaran kepada pelawat antarabangsa kerana keterbatasan kaedah pembayaran boleh menjejaskan kemudahan mereka untuk berbelanja, terutamanya di lokasi-lokasi pelancongan, pasar, premis makanan serta aktiviti komuniti.

Menyedari perkara tersebut, Kementerian melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan sedang mengambil beberapa langkah bersama pihak berkepentingan bagi memperluaskan penerimaan pembayaran digital dalam ekosistem pelancongan.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah kerjasama bersama institusi kewangan tempatan seperti Baiduri Bank bagi menjalankan percubaan (pilot initiative) bersama beberapa pengusaha di kawasan tumpuan pelancong seperti Pasar Gadong. Sebagai perkembangan awal, tiga pengusaha di Pasar Malam Gadong telah mula menerima pembayaran tanpa tunai menerusi kaedah Visa atau Mastercard dan pembayaran melalui kod QR juga semakin mendapat sambutan dalam kalangan vendor di Pekan Muara.

Inisiatif ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan peniaga kecil, mengenal pasti cabaran pelaksanaan serta membangunkan contoh kejayaan (success stories) yang boleh diperluaskan kepada premis-premis perniagaan lain.

Namun, terdapat beberapa pilihan pada masa ini seperti Pocket E-Wallet, TARUS QR Kod, yang berpotensi membantu memudahkan transaksi, khususnya kepada pelawat yang tidak mempunyai akaun bank tempatan. Pada masa yang sama, Kementerian turut bekerjasama dengan pihak penyedia penyelesaian pembayaran seperti National Digital Payment Networks (NDPX) bagi meneroka peluang kerjasama dan penyelesaian yang lebih sesuai untuk kegunaan pelawat antarabangsa pada masa hadapan. Sebagai contoh, dalam masa terdekat, para pelawat akan dapat menikmati kemudahan pembayaran secara digital melalui satu platform e-wallet menggunakan kod QR; yang mana selama ini hanya dibukakan kepada penduduk tempatan sahaja. Platform ini juga akan membolehkan pelawat menambah nilai (top up) e-wallet mereka dengan mudah melalui kiosk yang disediakan atau menggunakan kad pembayaran, sekaligus menyokong usaha memperluaskan penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan pelancong dan peniaga tempatan.

Walau bagaimanapun, cabaran utama bukan sahaja dari segi penyediaan teknologi, tetapi juga dari segi menggalakkan penyertaan lebih ramai peniaga, khususnya perusahaan kecil dan mikro, untuk menerima kaedah pembayaran tersebut.

Ini memerlukan pendekatan secara berperingkat melalui peningkatan kesedaran, sokongan teknikal serta penyediaan penyelesaian yang mudah digunakan, kos efektif dan sesuai dengan keperluan peniaga kecil.

Kementerian akan terus bekerjasama dengan pihak industri, institusi kewangan dan penyedia teknologi bagi mempercepatkan peralihan ini, supaya ekosistem pelancongan negara menjadi lebih mesra pelawat, kompetitif dan mampu memastikan peningkatan perbelanjaan pelancong memberi manfaat secara terus kepada perniagaan tempatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.