Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL42

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 770 kata

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan jika ada pertimbangan untuk Kerajaan membayar caj kelewatan dan memastikan proses invois lebih cekap agar tidak membebankan penyedia perkhidmatan terutama perusahaan kecil tempatan yang bergantung kepada pembayaran yang tepat waktu. Ramai vendor mengadu berkenaan kelewatan pembayaran invois tanpa notifikasi jelas sehingga memaksa mereka mengambil pinjaman, menanggung yuran tertunggak, dan penalti untuk membayar gaji pekerja, bayaran SCP dan vendor demi kelangsungan operasi.

YANG BERHORMAT MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa invois yang telah lambat dibayar semasa sistem baharu TAFIS 2.0 mula-mula diperkenalkan pada bulan April tahun lepas. Antara sebab kelambatan ini adalah beberapa technical teething issues di luar jangkaan yang telah ditangani, dan juga para pengguna (termasuk pihak syarikat) yang memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah transaksi di dalam sistem TAFIS 2.0 oleh Jabatan Perbendaharaan telah meningkat secara keseluruhan dari kira-kira 43 ribu transaksi pada bulan April 2024 kepada 920 ribu transaksi sehingga 28hb., Februari, 2025 dengan nilai melebihi $2.2billion. Secara purata, Jabatan Perbendaharaan telah memproses sebanyak kira-kira 84 ribu transaksi setiap bulan, di mana dalam lingkungan 80 peratus telah diproses dalam tempoh di bawah 30 hari. Selebihnya tidak dapat diselesaikan pembayaran atas beberapa sebab, yang bukannya 100 peratus disebabkan oleh sistem TAFIS 2.0.

Untuk kefahaman Ahli Yang Berhormat bahawa berdasarkan kepada Peraturan Kewangan, Jabatan Perbendaharaan lazimnya tidak akan meluluskan sebarang pembayaran jika tuntutan-tuntutan berkenaan belum dapat disahkan ataupun dilengkapkan oleh Jabatan yang berkenaan. Pengesahan perlu dibuat supaya tuntutan yang dihadapkan adalah teratur dari segi Peraturan Kewangan iaitu termasuk memperolehi kebenaran untuk membuat perbelanjaan samada melalui sebut harga atau tawaran; dan mempunyai peruntukan yang mencukupi serta membuat pengesahan bahawa pembelian dan perkhidmatan telah dilaksanakan.

Bagi sebahagian invois yang mengalami kelembatan pembayaran melalui sistem TAFIS 2.0, Jabatan Perbendaharaan terus membuat beberapa inisiatif sejak bulan April yang lalu untuk membantu mempercepatkan pembayaran yang tertunggak antaranya seperti penyediaan klinik pembayaran; dan juga User Clinic bagi pengguna di Kementerian dan Jabatan untuk mendapatkan bantuan dalam melaksanakan proses perolehan dan pembayaran. Pada masa yang sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap di setiap Kementerian yang berkenaan untuk menyelaras dan berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tuntutan jika ada.

Satu lagi sebab adalah maklum balas yang lambat daripada pembekal dalam mendaftar ke dalam sistem TAFIS 2.0. Pendaftaran pembekal ke dalam system berkenaan adalah bagi membolehkan invois mereka diproses dengan segera. Pada Mac 2024, hanya terdapat sebanyak 432 syarikat yang berdaftar dengan TAFIS 2.0, ini bermakna invois daripada syarikat-syarikat lain tidak dapat diproses kerana tidak berdaftar dengan sistem TAFIS 2.0. Melalui Jabatan Perbendaharaan, pembekal-pembekal telah dihubungi untuk mengingatkan mereka supaya mendaftar. Alhamdulillah, bilangan pembekal yang berdaftar meningkat secara berperingkat pada bulan-bulan berikutnya dan membolehkan TAFIS 2.0 mula menjelaskan pembayaran tuntutan. Kelebihan sistem TAFIS 2.0 ialah ianya mempunyai proses baharu, iaitu Goods Receipt atau Service Entry Sheet untuk Jabatan mengesahkan penerimaan pembekalan atau perkhidmatan bagi Pembekal memuatnaik invois untuk proses pembayaran. Proses ini membolehkan Pembekal untuk menyemak status tuntutan mereka secara online melalui GVP (Government Vendor Portal). Syarikat-syarikat juga akan menerima email apabila pembayaran telah diluluskan oleh Jabatan Perbendaharaan.

Sejak April yang lalu, Helpdesk juga beroperasi di Bahagian Pembayaran, Tingkat 2, Jabatan Perbendaharaan, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk membolehkan pembekal-pembekal membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai tuntutan mereka. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan juga telah membuat peringatan dalam akhbar Borneo Bulletin dan Media Sosial untuk memohon kerjasama daripada pembekal-pembekal yang mengalami masalah dengan TAFIS 2.0 supaya dapat mengunjungi Helpdesk Bahagian Pembayaran bagi membolehkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi membuat siasatan lanjut. Kerjasama pembekal untuk memastikan sebarang aduan dikongsikan dengan jelas adalah sangat diperlukan seperti contoh menyatakan nama Syarikat dan butiran tuntutan bagi membolehkan pihak Jabatan Perbendaharaan membuat siasatan anjut dengan secepatnya serta membantu untuk menyelesaikan apa jua masalah proses pembayaran yang dihadapi.

Oleh itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta pihak Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang lain akan sentiasa meningkatkan usahanya ke arah memastikan pembayaran-pembayaran dibuat dengan segera dan terutamanya teratur dari segi Peraturan Kewangan.

Sekian. Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.