Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL37

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 868 kata

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan aspirasi MOHA untuk memperkasakan pembangunan komuniti dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti yang memerlukan pemimpin visionary, berpengetahuan luas, memahami perkembangan setempat dan aktif dalam perancangan jangka panjang serta bermastautin bersama masyarakat yang dipimpin. Sejauh mana dasar Kementerian untuk mengenal pasti calon pemimpin ini diserapkan dalam rancangan penggantian pemimpin seperti Pegawai Daerah dan Penghulu dan menjadikan bermastautin sebagai syarat utama pemilihan.

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

  1. Alhamdulillah sejak bulan April 2024, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan Kerjasama Jabatan-Jabatan Daerah dan Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah memperkenalkan dan melaksanakan Petunjuk Prestasi Utama (KPIs) di kalangan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang antaralain bertujuan untuk menerapkan perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang lebih terarah, berstruktur dan berunsurkan pencapaian. Petunjuk Prestasi Utama ini digunakan untuk mengukur prestasi atau tahap pencapaian setiap Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai mata, telinga dan lidah kepada Kerajaan dan kepada penduduk Mukim dan Kampung iaitu sejajar dengan Pelan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Tahun 2023-2027 dan perancangan Jabatan-Jabatan Daerah. Petunjuk Prestasi Utama berkenaan memfokuskan kepada aspek Kepimpinan dan Pengurusan; Kemashalatan anak buah Mukim dan Kampung; Keselamatan di Mukim dan Kampung; Ketersediaan Prasarana; dan Perekonomian.

  2. Sebagai tambahan, Kementerian juga telah diberi kebenaran untuk melaksanakan Rangka Kerja Modal Kompetensi Sumber Manusia Penghulu Mukim Dan Ketua Kampung (HRCF PMKK) yang bertujuan bagi mengenalpasti jurang kompetensi dan seterusnya membantu dalam penggubalan program pembangunan kapasiti yang berstruktur dan terarah. Selain itu, rangka kerja ini juga akan memperkasakan lagi proses pengambilan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung berasaskan kepada kompetensi, yang mana rangka kerja ini merangkumi kompetensi Teras iaitu kompetensi asas yang perlu ada bagi setiap Penghulu Mukim dan Ketua Kampung diselaraskan dengan nilai-nilai teras Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kompetensi Kepimpinan mengambilkira Penghulu Mukim dan ketua Kampung sebagai pemimpin di peringkat akar umbi; dan Kompetensi Fungsi bagi membantu Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka secara efisien dan efektif.

  3. Kaola sukacita mengongsikan bahawa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah melaksanakan Penilaian Kendiri terhadap 165 orang Penghulu Mukim dan Ketua Kampung seluruh daerah berdasarkan kepada Rangka Kerja Modal Kompetensi Sumber Manusia berkenaan. Hasil penilaian berkenaan telah mendapati bahawa 22 peratus iaitu 36 orang Penghulu Mukim dan Ketua Kampung menilai tahap kompetensi mereka pada tahap hampir bersedia; 58 peratus iaitu 96 orang pada tahap berpotensi; manakala 20 peratus iaitu 33 orang pada tahap melebihi jangkaan.

  4. Di bawah Fasai 4 perkara 6 bagi Penghulu Mukim dan Fasai 4 perkara 7 bagi Ketua Kampung dalam Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung mempersyaratkan bagi Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang memohon hendaklah tinggal menetap di mukim atau kampung masing-masing tidak kurang dua (2) tahun kebelakangan dari tarikh pencalonan. Setakat ini semua Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang dilantik adalah bermastautin di mukim dan kampung di mana mereka dilantik.

  5. Kaola juga sukacita mengongsikan bahawa semua Pegawai-Pegawai Daerah memang menetap di daerah di mana mereka ditugaskan dan perkara ini pernah juga ditimbulkan dan dijawab di Dewan yang mulia ini dan semasa sesi-sesi Muzakarah.

  6. Di kesempatan ini juga, Kaola ingin mengongsikan status pengisian jawatan kosong Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di seluruh negara, yang mana sejak tahun 2022 sehingga Disember 2024, sebanyak 15 dari 31 jawatan Penghulu Mukim dan 85 dari 190 jawatan Ketua Kampung telah diisikan secara tetap. Majlis Pengundian dan Pemilihan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung juga giat dilaksanakan, dengan 35 majlis telah diadakan sepanjang tahun 2024 dan 2 majlis seumpamanya telah diadakan setakat dua bulan pertama pada tahun 2025 ini.

  7. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada pemerhatian sejak tahun 2022 sehingga sekarang, kadar kehadiran penduduk mukim atau kampung selaku pengundi di majlis-majlis pengundian dan pemilihan calon Penghulu Mukim dan Ketua Kampung adalah masih pada tahap yang rendah. Berdasarkan Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, telah digariskan bahawa sesebuah majlis pengundian perlu mempunyai jumlah pengundi yang hendaklah tidak kurang daripada satu per tiga (1/3) daripada jumlah pengundi yang berdaftar bagi membolehkan calon yang diundi boleh disokong untuk lantikan. Oleh yang demikian, sukacita Kaola menyeru bagi setiap penduduk kampung untuk memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi calon bagi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di bawah tadahan masing-masing.

Sekian yang dapat Kaola sampaikan pada menjawab soalan berkenaan.

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.