Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL9

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 750 kata

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM​

SOALAN:

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan perkembangan penubuhan Bursa Saham Negara termasuk sasaran jangka waktu penubuhannya, undang-undang dan peraturan, serta perkara berkaitan yang sehingga kini masih belum ternampak perkembangannya yang konkrit. Dipohonkan pencerahan seperti yang dipohonkan pada tahun 2023 akan sebab utama penubuhan ini belum terlaksana walhal cadangan ini telah beberapa tahun dalam penelitian.

YANG BERHORMAT MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Projek ini berjalan dengan baik dan jika dilaksanakan dengan teratur, akan dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang berkualiti seperti primary dealers, secondary dealers, research analysts, penganalisa pelaburan dan lain-lain.

Pada masa yang sama, penubuhan Bursa Saham menawarkan peluang kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi, serta menggalakkan budaya menyimpan dan melabur. Selain itu, Bursa Saham yang dikawal selia dengan teratur akan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pasaran yang mana dapat meningkatkan lagi daya tarikan untuk pelabur domestik dan antarabangsa serta memupuk ekonomi yang lebih berdaya tahan dan pelbagai. Kejayaan pelaksanaan projek ini memerlukan kesediaan pasaran yang komprehensif. Ini bukan sahaja merangkumi pembangunan peraturan-peraturan dan infrastruktur Bursa Saham tersebut, tetapi juga melibatkan pembangunan ekosistem sokongan termasuk penyedia perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan depositori, perkhidmatan custodian, penasihat kewangan korporat, penaja jamin, juruaudit dan firma guaman yang berkebolehan.

Dalam hal ini, pihak Projek Bursa Saham telah menjalankan usaha untuk menangani cabaran-cabaran dan peluang kejayaan projek Bursa Saham. Salah satu cabaran adalah implementasi model perniagaan (business model) secara langsung iaitu tanpa melibatkan broker dan penyelesaian secara real-time (real-time settlement).

Selain itu, pihak Projek Bursa Saham juga menjalankan kajian kebolehlangsanaan (Feasibility Study) dan Alhamdulillah, kajian ini bagi The Establishment of Securities Exchange, Clearing House and Central Securities Depository sudah selesai dilaksanakan dan fasa pelaksanaan (Implementation Stage) akan dimulakan Inysa Allah pada bulan ini. Kajian-kajian yang dibuat termasuk:

  1. Pembangunan strategi yang mengandungi pelan hala tuju strategik bagi membina ekosistem pasaran model, pembaharuan kawal selia (regulatory reforms) yang juga mengandungi inisiatif tadbir urus Syariah, pembangunan industri, peningkatan infrastruktur pasaran (market infrastructure enhancement), program pembinaan kapasiti, analisa cost-benefit, dan unjuran hasil.

  2. Jangkauan pasaran (Market outreach) sebagai pelan yang dirancang secara strategik untuk mendapatkan penglibatan pihak yang berkepentingan seperti pengawal selia, peserta (market participants), syarikat-syarikat sebagai issuers yang berpotensi, dan pelabur.

  3. Persediaan untuk melaksanakan pelan tindakan fasa pelaksanaan seperti

  • struktur organisasi yang lebih sesuai bagi BNX;

  • tadbir urus Syariah dan penyenaraian sukuk;

  • keperluan teknologi bagi platform ketiga-tiga entiti BNX; dan

  • tatacara prosedur atau proses permohonan lesen untuk beroperasi dalam Bursa Saham.

Dari segi penyediaan undang-undang dan peraturan pula, pihak Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dengan kerjasama pihak Pejabat Peguam Negara telah menyediakan pindaan terhadap perundangan Securities Markets Order, 2013 (SMO). Ini termasuk bagi mengadakan dan memudahkan penubuhan sebuah Pihak Berkuasa Penyenaraian (Listing Authority) dan mengadakan penubuhan Official Listing, serta menyediakan peraturan untuk syarikat penaja (sponsor companies) yang diperlukan apabila syarikat-syarikat ingin disenaraikan ke dalam bursa saham. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan pasaran, melindungi integriti pasaran dan memastikan perlindungan pelabur.

Selain daripada itu, pihak BDCB bertanggungjawab dalam merangka Peraturan Penyenaraian (Listing Rules). Perkara tersebut telah melalui beberapa perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kebolegunaan dan kesesuaian praktikalnya dalam konteks tempatan dan peringkat pembangunan pasaran di negara ini. Setakat ini, kerja-kerja pindaan terhadap perundangan dan Peraturan Penyenaraian adalah pada fasa terakhir.

Insya-Allah, pihak MOFE akan terus berusaha sedaya upaya dalam melaksanakan Bursa Saham ini dan memohon kerjasama pihak yang berkepentingan yang lain untuk sama-sama mempercepatkan penyiapan projek ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.