Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL121
đź“– Masa membaca: 5 minit
📊 Bilangan kata: 1,036 kata
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan berkenaan isu peningkatan warga asing yang menjalankan perniagaan kecil seperti kedai runcit, khidmat pembersihan, dan pemotongan rumput, yang sepatutnya boleh dilakukan oleh warga tempatan. Mereka ini nampaknya menguasai perniagaan ini dan menggaji belia tempatan dengan gaji rendah serta waktu kerja yang panjang. Apakah ada kajian dibuat oleh agensi berkaitan dalam isu ini, dan apakah yang diperolehi dari hasil kajian tersebut.
YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI​
JAWAPAN:
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan kepada perangkaan Banci Majikan dan Pekerja 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, setakat 1 haribulan April 2024, seramai 8,350 orang pekerja asing adalah dalam aktiviti kedai runcit, berbanding 6,001 orang pekerja tempatan. Bagi aktiviti pemotongan rumput pula adalah seramai 366 orang pekerja asing berbanding 97 orang pekerja tempatan, manakala dalam aktiviti pembersihan adalah seramai 1,323 orang pekerja asing berbanding 576 orang pekerja tempatan.
Dalam hal ini, diperjelaskan bahawa sasaran penggantian tenaga kerja yang melibatkan pengambilan pekerja asing, adalah berdasarkan kepada keperluan dari syarikat-syarikat. Walau bagaimanapun, Jabatan Buruh bekerjasama rapat dengan Pusat Pekerjaan Brunei (JobCentre Brunei, JCB), bagi memastikan bahawa peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan adalah diberi keutamaan. Perkara ini telah dipraktikkan apabila Lesen Pekerja Asing dipohonkan melalui National Labour Management System (NLMS) di mana “Clearance letter” dari PPB adalah diperlukan sebagai sokongan pengambilan pekerja asing iaitu setelah proses-proses pengiklanan jawatan telah dibuat oleh syarikat berkenaan dan tidak ada anak tempatan yang berminat untuk memohon atau berkelayakan bagi mengisi jawatan yang berkenaan.
National Labour Management System (NLMS) adalah sebuah sistem yang telah mula digunapakai sejak 01 haribulan April 2023 untuk memudahkan dalam menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Buruh termasuk juga Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD) secara dalam talian.
Sebagai tambahan, Jabatan Buruh juga telah pun melaksanakan dasar bagi pembekuan lima (5) jawatan di sektor swasta dari diisikan oleh pekerja asing. Jawatan-jawatan berkenaan adalah jawatan perkeranian, Juruwang, Jurujual, Penjaga Stor dan Pengawal Keselamatan.
Justeru itu, bagi memastikan anak-anak tempatan mempunyai kemahiran yang diperlukan selaras dengan keperluan pasaran kerja semasa, peningkatan kapisiti dalam bidang mahir dan separa mahir melalui Registered Training Organisations (RTOs) yang diiktiraf di negara ini juga diberikan keutamaan bagi memastikan rakyat tempatan mempunyai kompetensi dan kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menggantikan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam usaha untuk mendokong peluang pekerjaan di kalangan anak tempatan khususnya di kalangan anak buah kampung, melalui Jabatan Daerah Tutong telah melaksanakan satu inisiatif dengan memberikan kontrak perkhidmatan pemotongan rumput kepada Syarikat MPM Telisai selama lapan bulan bermula bulan September 2024 hingga April 2025 di kawasan Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang dan Gerai Mukim Telisai, dan sebagai permulaan dua (2) orang anak buah kampung diambil bekerja di bawah syarikat berkenaan. Insha Allah, usaha ini akan dilaratakan dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan dan usaha seumpama ini mencerminkan pemedulian pihak Kerajaan dalam membantu penduduk kampung untuk mendapatkan pekerjaan agar lebih mandiri.
Dalam masa yang sama, Jabatan Buruh dengan kerjasama Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP) telah mengemaskinikan pelaksanaan dasar Upah Minima yang bertujuan untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pekerja secara keseluruhannya. Dasar Gaji Minima adalah bertujuan untuk menetapkan kadar gaji asas yang lebih berpatutan, melindungi pekerja daripada upah yang terlalu rendah, serta mendorong motivasi dan produktiviti tenaga kerja tempatan di samping merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing. Inisiatif ini juga sejajar dengan komitmen Negara Brunei Darussalam di bawah perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP), yang menekankan perlindungan hak pekerja serta peningkatan taraf hidup pekerja tempatan.
Bagi memastikan majikan dan pekerja mematuhi Akta Imigresen Penggal 17 dan Peraturannya dan; Akta Pekerjaan Penggal 278, Bahagian Penguatkuasaan Undang- Undang kedua-dua buah Jabatan telah melaksanakan pemeriksaan dan operasi secara berterusan samaada secara bersendirian atau bersepadu dengan agensi- agensi penguatkuasaan yang lain. Pada Tahun 2024, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah melaksanakan sebanyak seribu lima ratus lima belas (1,515) pemerhatian dan tiga ratus empat puluh tujuh (347) operasi dengan seramai dua ribu lapan ratus empat puluh sembilan (2,849) pesalah imigresen telahpun dikenakan denda kompaun di atas berbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen Penggal 17 dan Peraturannya. Jumlah denda kompaun yang dikutip adalah sebanyak satu juta, tiga ratus sembilan belas ribu, tujuh ratu ringgit ($1,319,700.00). Hasil dari aktiviti penguatkuasaan ini, seramai empat puluh satu (41) orang asing telahpun dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah di bawah Bab Lima Belas Cerai satu [15 (1)] dari Akta Imigresen iaitu kesalahan tinggal lebih masa di Negara ini setelah Pas Imigresen mansuh.
Manakala bagi Jabatan Buruh, sejumlah dua ribu tiga ratus dua puluh lima (2,325) pemeriksaan telah dilaksanakan pada tahun 2024 dan sejumlah tiga ratus tiga puluh enam (336) operasi sepadu telah dijalankan oleh Jabatan Buruh pada tahun 2024. Dari operasi ini, sebanyak enam ratus lima (605) kesalahan telah dikenakan tindakan denda kompaun dengan antara majoriti kesalahan utama adalah di bawah Bab Seratus Dua Belas cerai [ Bab 112 (2)] Akta Pekerjaan Penggal 278 iaitu pelanggaran syarat-syarat Lesen Pekerja Asing dan menggaji pekerja asing tanpa Lesen Pekerja Asing (LPA).
Sekian yang dapat Kaola sampaikan pada menjawab soalan berkenaan.
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.