Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL68
📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 541 kata
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA’AKUB​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA’AKUB meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan jika Kementerian mempunyai perancangan ke arah penggunaan Sistem Kawalan Trafik Pintar (TCS) bagi sistem kawalan trafik dan jalan raya di Negara Brunei Darussalam, selaras dengan kemajuan semasa dan negara maju Tahun 2035.
YANG BERHORMAT MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI​
JAWAPAN:
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Selamat Pagi, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub di atas soalan mengenai Sistem Kawalan Trafik Pintar (TCS).
Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan memperkenalkan Sistem Kawalan Trafik Pintar (TCS) memang sedikit sebanyak telah dijalankan secara berperingkat-peringkat sebagai contoh sebahagian daripada ciri-ciri sistem kawalan trafik yang telah dipasang termasuk pemasangan ‘sensor’ bagi semua lampu isyarat dan kamera CCTV di sebahagian persimpangan lampu isyarat. Pemasangan ‘sensor’ tersebut berfungsi sebagai pengesan bagi tujuan untuk pengumpulan data mengenai jumlah lalu lintas, kelajuan dan jenis kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya. Manakala, pemantauan CCTV berkenaan dilaksanakan oleh pihak Pasukan Polis Diraja Brunei.
Sukacita juga dikongsikan, melalui perbincangan di peringkat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), beberapa langkah juga telah diambil untuk meningkatkan lagi keselamatan jalan raya termasuk perancangan bagi pemasangan ‘Speed Monitoring Device’. Ini adalah untuk memantau dan memaparkan had kelajuan kenderaan dengan bertujuan memberi peringatan kepada pemandu apabila mereka melebihi had laju di kawasan-kawasan strategik dan yang juga telah dikenalpasti seperti hotspot area iaitu tempat-tempat yang sering berlaku kemalangan dengan menggunakan analisa data melalui 'Road Accident Data Enhancement and Development' (RADED).
Selain dari itu, Kementerian ini dan Jabatan Pengangkutan Darat di bawah usaha dalam menyediakan Sistem Pengangkutan Awam juga akan memanfaatkan penggunaan teknologi bagi memantau pergerakan kenderaan dan kemudahan penumpang melalui pemakaian Sistem Pengangkutan Pintar ('Smart Transportation System' – STS). Antara lain sistem ini juga dihasratkan untuk mempunyai kemampuan 'In-Vehicle Monitoring System' (IVMS) dan 'tracking' yang boleh digunakan dalam sistem kawalan trafik pintar. Projek ini adalah di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-12.
Sistem Pemantauan Dalam Kenderaan atau 'In-Vehicle Monitoring System' (IVMS) merupakan teknologi yang mengumpul, merekod dan menganalisis data daripada kenderaan. IVMS ini sering digunakan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pematuhan peraturan iaitu ianya juga dapat digunakan bagi tujuan penguatkuasaan. Sistem ini terdiri daripada peranti elektronik yang dipasang di dalam kenderaan untuk memantau aktiviti pemandu dan membantu mengenalpasti tingkah laku seperti memandu dengan kelajuan berlebihan.
Kesimpulannya, sistem yang dikongsikan sebentar tadi adalah dihasratkan untuk memperkukuhkan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pelanggaran lalu lintas, khususnya bagi kenderaan berat dan pengangkutan awam atau komersial nanti.
Sekian disampaikan dan terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.