Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL28
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 367 kata
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian untuk meningkatkan prestasi peperiksaan melalui pendekatan baru yang mengambil kira pandangan pihak luar yang berkepentingan dalam negara. Perkara ini mengambilkira prestasi 10 tahun kebelakangan amat mengecewakan yang menunjukkan pelan-pelan tindakan sedia ada tidak berkesan walhal sijil ‘O’ Level adalah syarat penting untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan.
YANG BERHORMAT MENTIRI PENDIDIKAN​
JAWAPAN:
Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola / saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola / saya pada hari ini bagi kaola / saya menerangkan beberapa isu dan Tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan. Di kesempatan ini kaola / saya akan menjawab soalan PL 28 yang diajukan oleh YB Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam yang menanyakan jika Kementerian Pendidikan mempunyai pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi peperiksaan melalui pendekatan baru yang mengambil prestasi 10 tahun kebelakangan amat mengecewakan. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Alhamdulillah, tren pencapaian pelajar dalam tempoh sepuluh (10) tahun kebelakangan bagi peperiksaan O-level sebetulnya secara keseluruhan telah menunjukkan peningkatan yang signifikan, berbanding baseline, dan adalah masih dalam lingkungan trajektori. Ini sungguhpun terdapatnya sedikit penurunan pasca 2020 atas sebab gangguan pembelajaran (learning loss) sewaktu pandemik COVID. Walaubagaimanapun, jumlah pelajar yang memperolehi 5-O Level ke atas pada tahun 2024 adalah 44.17% dan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.39%, iaitu daripada 43.78% pada tahun 2023. Penaikan ini diharap akan menjadi permulaan kepada tren pemulihan dan akan terus meningkat.
Peningkatan ini juga menunjukkan pelan-pelan tindakan mempunyai kesan positif dan dengan ini, Kementerian Pendidikan akan terus mengekalkan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan. Dikesempatan ini, kaola/saya ingin menyampaikan penghargaan atas peningkatan dalam pencapaian peperiksaan ini, dan melihatnya sebagai hasil dari usaha gigih pelajar-pelajar dan guru-guru, serta sokongan yang berterusan dari ibu bapa, penjaga, pihak-pihak berkepentingan dan semua lapisan masyarakat.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.