Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL73
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 398 kata
YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II menyatakan apakah usaha ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan Radio Televisyen Brunei (RTB) dan perancangan bagi menaik taraf stesen-stesen cawangan RTB khususnya di Daerah Tutong.
YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II​
JAWAPAN:
Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan, yang menyentuh mengenai perancangan untuk menaiktaraf stesen-stesen cawangan RTB dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan Penyiaran.
Untuk makluman semua ahli-ahli Yang Berhormat, kesemua stesen-stesen Radio Televisyen Brunei (RTB) di semua daerah memainkan peranan penting dalam menyediakan platform penyiaran berkualiti kepada masyarakat setempat dan negara amnya. Bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien, pelbagai inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan untuk memperkukuh aspek teknikal, kandungan penyiaran, serta penglibatan komuniti. Beberapa penambahbaikan dijalankan dalam memastikan setiap stesen cawangan RTB termasuk di Daerah Tutong kekal relevan dan berupaya memenuhi keperluan penduduk daerah dan juga penonton.
Pada masa ini, Jabatan RTB memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti penyiaran & liputan dari segi infrastuktur penyiaran, bagi memastikan liputan lebih meluas dan berkualiti tinggi, seperti berikut:
Menaiktaraf pemancar T-2 Bang Dalam untuk penyiaran digital TV dan radio, yang membolehkan liputan diperluaskan ke kawasan pedalaman termasuk Daerah Tutong.
Peningkatan mutu penyiaran radio dengan memperkukuh keupayaan pemancar FM di kawasan strategik, untuk memastikan penerimaan siaran yang lebih stabil dan berkualiti tinggi.
Setelah infrastruktur penyiaran RTB dipertingkatkan, khususnya dari segi kualiti dan liputan penyiaran, tindakan lanjut dan segera Jabatan RTB adalah untuk menaiktaraf infrastruktur-infrastruktur lain, seperti stesen RTB di cawangan-cawangan Daerah, termasuk cawangan Daerah Tutong.
Kesimpulannya, Jabatan RTB akan terus memperkukuh perkhidmatan penyiaran dengan pendekatan strategik dan inovatif di kesemua empat daerah. Jabatan RTB akan terus menjadi platform utama kepada menyampaikan maklumat berkualiti dan menghiburkan masyarakat, sejajar dengan visi dan misiya mendukung pembangunan negara serta memberigakan dasar dan agenda Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam memastikan kesejahteraan, keharmonian dan keamanan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.