Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL29

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 498 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha Kementerian untuk menangani isu bebanan kerja guru yang menjejaskan kualiti pengajaran dan work-life balance, demi kemaslahatan guru dan kualiti pendidikan. Perkara ini berdasarkan kaji selidik Ahli MMN mendapati 67% guru mempunyai lebih satu tugas pentadbiran, sementara 46.3% merasakan ia menjejaskan pengajaran.

YANG BERHORMAT MENTIRI PENDIDIKAN​

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu koala / saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola / saya menjawab pertanyaan lisan PL29 yang diajukan. Di kesempatan ini, kaola / saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam atas soalan berkaitan usaha Kementerian dalam menangani isu bebanan kerja guru yang menjejaskan kualiti pengajaran dan work-life balance, demi kemaslahatan guru dan kualiti pendidikan.

Kementerian Pendidikan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan tenaga pengajar terpelihara. Ini merangkumi dari segi aspek fizikal, mental, emosi dan profesional bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien dan berkesan. Ke arah ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah:

i. Inisiatif Ideal Number of Teachers (ringkasnya INOT). Inisiatif ini merupakan proses pengemaskinian Sumber Tenaga Pengajar (Teaching Manpower Auditing) yang komprehensif dan bersistematik bagi menilai kesesuaian jumlah tenaga pengajar mengikut keperluan dalam meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran. Inisiatif ini merangkumi pengemaskinian garis panduan waktu pengajaran (teaching periods); beban bukan mengajar dan tugas pentadbiran (non-teaching and administrative duties); dan struktur organisasi sekolah serta penghasilan garis panduan jumlah pelajar dalam bilik darjah (class right sizing).

Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif ini telah mula dirintiskan kepada 18 buah sekolah rendah Kerajaan pada tahun 2021. Hasil daripada projek rintis tersebut, seramai 16 orang tenaga pengajar telah berjaya ditempatkan semula ke sekolah-sekolah yang memerlukan. Insha Allah, inisiatif ini akan diperluas ke semua sekolah rendah dan menengah, maktab dan pusat tingkatan enam Kerajaan pada tahun ini.

ii. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga giat melaksanakan Pengambilan tenaga pengajar melalui Program Immersi dan Perantis. Inisiatif ini bermula pada tahun 2019 dilaksanakan bagi memastikan keperluan tenaga pengajar dipenuhi secara berkesan. Setakat ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pengambilan bagi empat (04) kohort, manakala pengambilan kohort ke lima (05) akan bermula pada tahun 2025. Sejak mula diperkenalkan, jumlah keseluruhan guru Immersi dan Perantis yang menjawat jawatan Pegawai Pelajaran Bergaji Hari adalah seramai 196 orang. Kementerian Pendidikan juga melaksanakan pengambilan guru untuk menampung keperluan, melalui Skim Perantisan Perkhidmatan Awam (SKiPPA).

Dengan adanya inisiatif-inisiatif ini, kaola / saya yakin ianya dapat menangani isu bebanan kerja guru yang sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan work-life balance mereka.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.