Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL58

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 394 kata

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan dasar-dasar dalam memastikan GLCs menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan. Apakah usaha-usaha Kementerian untuk memastikan informasi tersebut diketahui oleh masyarakat umum memandangkan GLCs memainkan peranan penting dalam ekonomi Brunei, yang mana ketelusan dan akauntabiliti diperlukan untuk memastikan operasi mereka efisien, menguntungkan, dan bermanfaat kepada masyarakat.

YANG BERHORMAT MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Ahli Yang Berhormat bertanya tentang transparansi dan akauntabiliti GLC. Kaola ingin mengongsikan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa sejak beberapa tahun yang lalu, Syarikat-Syarikat GLC telah menjalani perubahan ataupun transformasi yang sungguh signifikan dan telah mengalami urustadbir yang kukuh selaras dengan amalan baik antarabangsa. Pertama sekali, setiap GLC diurus oleh lembaga pengarah di mana semua Ahli Lembaga Pengarah hendaklah menjalani Latihan yang intensif. Tambahan lagi, kebanyakan GLC sekarang telah mengamalkan Code of Corporate Governance ataupun Kod Tadbir urus Korporat sebagai panduan operasi perniagaan mereka. Selain itu, setiap GLC juga diwajibkan menyediakan penyata kewangan tahunan mereka mengikut Piawaian Kewangan Antarabangsa iaitu International Financial Reporting Standards (IFRS) yang bertujuan untuk dihadapkan kepada pemegang saham dan pihak berkuasa seperti Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk mematuhi keperluan pemfailan tahunan. Dalam hal ini, GLC juga mempunyai pengawalan yang kukuh melalui audit dalaman, juruaudit luar dan setentunya Jabatan Audit Kerajaan.

Bagi GLC di bawah jagaan Darussalam Asset (DA), semua akaun-akaun GLC disatukan atau consolidated dan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Darussalam Assets dan juga Supervisory Council, Darussalam Assets. Ini menunjukkan terdapatnya penelitian dan pemantauan yang mencukupi. Apa yang penting, seperti yang Kaola bentangkan dalam Kertas Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan tempoh hari adalah usaha berterusan yang ditunjukkan oleh GLC dalam menyumbang dan membantu dalam pembangunan ekonomi negara dan penyediaan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan kitani.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat-syarikat GLC yang ada masa ini adalah dianggap sebagai syarikat sendirian berhad yang tidak memerlukan pengongsian maklumat atau penyata kewangan kepada orang ramai, melainkan jika GLC tersebut disenaraikan dalam bursa saham satu hari, yang memerlukan sebarang maklumat seperti aktiviti perniagaan atau penyata kewangan diumumkan untuk kegunaan awam dan pelaburan.

Ini membawa kaola kepada soalan seterusnya di bawah PL9 mengenai perkembangan semasa Projek Bursa Saham.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.