Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL115
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 276 kata
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan boleh meneliti kemungkinan penambahan satu hari cuti umum bagi memberi ruang kepada rakyat melaksanakan ibadah korban dengan lebih teratur, mengelakkan kesesakan di pusat penyembelihan, serta memastikan pengagihan daging berjalan dengan lebih efisien, memandangkan ibadah korban boleh dilakukan dalam tempoh empat hari.
YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI​
JAWAPAN:
Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat mengenai penambahan satu hari cuti umum bagi memberi ruang kepada rakyat melaksanakan ibadah korban. Perkara ini perlu dilihat secara holistik mengambil kira peraturan berkaitan hal-ehwal cuti dalam sektor awam ketika ini.
Sepertimana yang dimaklumi bersama, jumlah cuti hari-hari kelepasan awam dalam setahun di Negara Brunei Darussalam adalah dikira sudah memadai pada ketika ini, yang mana termasuk cuti awam bagi Sambutan Hari Raya Aidiladha selama sehari, untuk memberi ruang kepada penjawat awam dan sektor swasta khususnya yang berugama Islam untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Jika dibandingkan dengan negara-negara serantau, Negara Brunei Darussalam mempunyai sebanyak 15 hari cuti awam, setara dengan Malaysia dan Kemboja, serta lebih tinggi berbanding beberapa negara ASEAN seperti Singapura (11 hari), Laos (9 hari), dan Vietnam (11 hari).
Bagi sektor awam, peraturan cuti yang sedia ada memperuntukkan cuti tahunan bagi pegawai dan kakitangan mengikut peringkat masing-masing. Dalam hubungan ini, jika ada keperluan bagi mengadakan ibadah korban secara persendirian, maka pegawai dan kakitangan berkenaan bolehlah menggunakan cuti tahunan yang diperuntukkan mengikut peraturan-peraturan yang berjalan pada masa ini.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.