Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL6

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 587 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan langkah segera Kementerian dalam menaiktaraf fasiliti, menambah kaunter, serta mempercepatkan pemeriksaan menggunakan teknologi moden bagi memastikan kelancaran di pos kawalan sempadan yang masih mengalami kesesakan teruk dan infrastruktur lama yang tidak lagi menampung jumlah pengguna, bagi memastikan kelancaran tanpa menjejaskan keselamatan.

YANG BERHORMAT MENTIRI HAL EHWAL DALAM NEGERI​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed diatas soalan yang diajukan.

Tidak dinafikan kesesakan di pos-pos kawalan imigresen sering berlaku, terutamanya semasa waktu cuti sekolah dan cuti awam. Berasaskan data purata trafik harian, 3,800 kenderaan telah melalui Pos Kawalan Sungai Tujoh pada hari biasa, manakala jumlah ini meningkat kepada 4,500 kenderaan semasa waktu cuti awam dan cuti persekolahan. Manakala, di Pos Kawalan Kuala Lurah, sebanyak 1,600 kenderaan dan meningkat kepada 1,800. Di Pos Kawalan Labu pula mencatatkan 1,700 kenderaan dan meningkat kepada 2,000. Sementara itu, Pos Kawalan Ujung Jalan merekodkan 1,600 kenderaan dan meningkat kepada 1,800. Kaola sukacita memaklumkan bahawa terdapat juga keadaan di mana barisan kenderaan bertembung dengan kenderaan yang menunggu untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Miri yang sekaligus menjejaskan kelancaran pemeriksaan di pospos kawalan yang berkenaan.

Sebagai tindak balas yang berterusan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan kecekapan pemeriksaan dan mengurangkan kesesakan iaitu dengan membuat penambahan kaunter-kaunter pemeriksaan seperti di Pos Kawalan Sungai Tujuh dimana sebanyak enam (6) kaunter perlepasan dan empat (4) kaunter ketibaan yang digunakan pada masa ini. Manakala semasa cuti awam dan cuti persekolahan, penggunaan kaunter-kaunter ini akan diatur mengikut keperluan di mana laluan lencongan akan dibuat bagi mengurangkan kesesakan trafik dengan menggunakan kaunter masuk bagi tujuan pemeriksaan keluar dan sebaliknya.

Sejak tahun 2022, Sistem Kawalan Sempadan (Border Management System, BMS) telah mula digunakan. Sistem ini menggunakan mesin pengimbas pasport yang berteknologi tinggi dan boleh mengimbas satu pasport dalam masa lima (5) saat. Disamping itu, rangkaian perhubungan diantara pos-pos kawalan dengan ibu pejabat adalah menggunakan Fibre Optic yang berkelajuan tinggi. Dalam menanganai isu kesesakan ini, penggunaan teknologi sahaja bukanlah satu jalan penyelesaian malah mengoptima penggunaan infrastruktur dan sumber tenaga manusia yang sedia ada juga memainkan peranan yang penting.

Ke arah itu, Kementerian ini juga telah melaksanakan Konsep One-Stop Counter (OSC) sejak tahun 2019 sebagai projek perintis di Pos Kawalan Labu dan seterusnya dilaratkan ke Pos Kawalan Sungai Tujoh pada tahun 2022 iaitu dengan menggabungkan kaunter pemeriksaan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Alhamdulillah, dengan pelaksanaan One Stop Counter ini pemeriksaan bagi setiap kenderaan dapat dikurangkan daripada sekitar lebih 5 minit kepada sekitar 2 minit atau kurang. Ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh kedua-dua buah agensi yang terlibat dalam projek rintis berkenaan. Salah satu projek yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-12 adalah dengan menambah lapan (8) buah E-Gate di Bahagian Pemeriksaan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dan tiga (3) E-Gate yang digunakan pada masa ini akan ditempatkan di Bahagian Pemeriksaan Berlepas iaitu dalam hasrat untuk mengoptimakan penggunaan teknologi dalam membuat pemeriksaan tanpa mengkompromi keselamatan.

Sekian yang dapat Kaola sampaikan pada menjawab soalan berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.