Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL03

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 441 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana Skim Pendidikan Integrasi berkesan dalam menyediakan akses pendidikan setara bagi pelajar berkeperluan khas dengan jumlah yang semakin meningkat. Adakah kerajaan bercadang melibatkan sektor swasta bagi mengurangkan kos, memperkenalkan model sekolah inklusif khas atau meningkatkan insentif kepada sekolah awam bagi menampung keperluan ini.

YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN​

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu koala / saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk koala / saya pada hari ini bagi koala / saya menerangkan beberapa isu dan Tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan. Di kesempatan ini koala / saya akan menjawab soalan PL 03 yang diajukan oleh YB Awang Zainol Bin Hj Mohamed mengenai penyediaan akses pendidikan setara bagi pelajar berkeperluan khas dan keberangkalian Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan pihak swasta dalam menyediakan pelajaran bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas ini. Terima kasih diatas soalan yang diajukan.

Alhamdulillah, salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan iaitu Pengintegrasian mata pelajaran Ugama ke dalam sistem pendidikan umum telah mula dilaksanakan pada 1hb November 2023. Pengintegrasian ini dilihat sebagai satu Transformasi Pendidikan yang membukakan peluang pembelajaran yang lebih holistik dan komprehensif kepada para pelajar di samping mengutamakan Pendidikan Ugama.

Bagi memastikan pelajar berkeperluan khas tidak ketinggalan dalam pelaksanaan Pengintegrasian Pendidikan Ugama ini, pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan antaranya ialah penyediaan buku kurikulum Pendidikan Khas Ugama yang disediakan oleh Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi keperluan pelajar keperluan khas dalam Priority Level 1 hingga 3 sahaja. Kumpulan ini merupakan pelajar berkeperluan khas yang mampu mengikut kurikulum biasa. Sementara pelajar berkeperluan khas pada tahap tinggi, iaitu mereka yang berada pada Priority Level 4 hingga 5 akan diberikan sokongan khas dan program pembelajaran yang lebih sesuai dengan keupayaan mereka.

Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar berkeperluan khas tahap tinggi yang semakin meningkat sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Alhamdulillah, bermula pada Januari 2024 sebuah Sekolah Khas pertama iaitu Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam telah ditubuhkan dengan jumlah pendaftaran seramai 96 orang. Sekolah Khas ini menyediakan kurikulum yang disesuaikan serta sokongan pakar khas bagi membantu pelajar berkeperluan khas tahap tinggi dalam perkembangan sosial dan kemahiran hidup mereka. Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan lebih banyak lagi sekolah khas swasta yang boleh menyediakan kurikulum khas bagi pelajar-pelajar bekeperluan tahap tinggi ini.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.