Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL96

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 400 kata

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan perancangan Kementerian dalam mengenakan beberapa cukai-cukai yang difikirkan berpatutan atau diperlukan bagi meningkatkan pendapatan negara serta mengurangkan defisit negara.

YANG BERHORMAT MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Terima kasih atas soalan Ahli Yang Berhormat mengenai dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Negara.

Secara global, cukai adalah salah satu cara utama untuk menjana pendapatan Kerajaan untuk membiayai operasi dan perkhidmatan kepada rakyat dan penduduknya, seperti pembangunan infrastruktur jalan raya, hospital, sekolah, pertahanan negara dan program keselamatan sosial. Terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan oleh negara-negara iaitu seperti cukai pendapatan, sales tax, value-added tax (VAT), property tax, cukai eksais dan sebagainya.

Bagi Negara ini, usaha meningkatkan pendapatan Kerajaan, samaada berupa pengenaan cukai atau caj, bukan hanyalah terhad kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi, malah setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan juga sama-sama memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan.

Dasar cukai yang sedia ada pada masa ini sama ada dari cukai secara tidak langsung seperti duti setem, cukai eksais/kastam, cukai tanah, cukai bangunan, mahupun cukai secara langsung seperti cukai pendapatan yang hanya dikenakan kepada syarikat-syarikat perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat-Syarikat, Penggal 39, belum cukup untuk membiayai perbelanjaan Kerajaan terutama dalam menampung perbelanjaan subsidi mahupun dalam meningkatkan pembangunan infrastruktur dan program sosial, yang mana merupakan asas kepada kemakmuran negara. Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga secara berterusan melaksanakan inisiatif-inisiatif mempermodenkan dasar cukai yang ada dengan menambah baik pentadbiran perundangan cukai serta menyemak semula insentif-insentif percukaian yang sedia ada. Beberapa cadangan juga telahpun diketengahkan oleh beberapa agensi Kerajaan lain.

Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan perlu meneliti apa jua cadangan yang diperkenalkan akan memupuk pertumbuhan, memastikan kestabilan yang berterusan dalam memajukan ekonomi negara, dan yang penting sekali, tidak akan menjejaskan golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Adalah diharapkan bahawa apa jua dasar baharu yang diperkenalkan akan mendapat sokongan, dalam sama-sama menangani defisit Negara dan penyediaan prasarana dan perkhidmatan yang berkualiti untuk keselesaan dan kesejahteraan kesemua rakyat dan penduduk di Negara ini.

Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.