Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL48

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 402 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sekiranya Kementerian akan meneliti semula dan memperketatkan peraturan mengenai perniagaan di Brunei dengan menukar model perniagaannya kepada GLC initiated local franchise, joint-ventures & koperasi tempatan. Ini memandangkan banyak perniagaan di Brunei, seperti kedai runcit, restoran, dan pembinaan, dikuasai warga asing, terutama dari Asia Selatan dan sebahagian besar memanfaatkan subsidi tetapi tidak menyumbang kepada ekonomi Negara dan tidak mengambil pekerja rakyat tempatan.

YANG BERHORMAT MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Pertama, mengenai PL48 Tentang pelaksanaan dasar bagi perniagaan untuk mengubah model perniagaan mereka kepada GLC initiated local franchise, joint venture, dan koperasi tempatan, terutamanya dalam aktiviti perniagaan yang dipengaruhi oleh pihak warga asing.

Kaola memahami kebimbangan Ahli Yang Berhormat terutamanya dalam aktiviti kedai runcit. Dalam hal ini, pihak Kerajaan telah memulakan usaha untuk menangani isu ini supaya lebih banyak usahawan tempatan dapat melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan seperti ini.

Kejayaan usaha ini akan bergantung kepada kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, baik di sektor awam mahupun swasta, dalam pelbagai aspek seperti aksesibiliti kewangan, supply chain, penyediaan fasiliti, ilmu pengurusan perniagaan asas, dan lain-lain. Oleh itu, ke arah memudahkan usaha ini, pihak Kerajaan bersama BEDB serta sektor swasta, telah memulakan kajian dan penelitian ke arah dasar dan konsep model tersebut. Konsep ini adalah untuk mengurangkan halangan ataupun entry barrier bagi usahawan tempatan untuk men-ceburi perniagaan tersebut. Insha Allah, jika usaha ini berjaya dengan sokongan penuh daripada pihak yang tertentu, pihak Kerajaan akan melaksanakannya dalam masa yang terdekat.

Walaupun pendekatan yang disebutkan di atas mungkin dapat membantu menangani kebimbangan seperti aktiviti dalam sektor kedai runcit, namun ianya mungkin tidak sesuai untuk diterapkan dalam sektor-sektor lain seperti mana yang juga disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam soalan nya. Ia akan bergantung kepada pengetahuan atau pengalaman GLC yang mencukupi untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan tersebut. Selain itu, pihak Kerajaan juga harus selalu berhati-hati agar GLC tidak terlibat dalam aktiviti yang sudah aktif dijalankan oleh usahawan-usahawan tempatan yang sedia ada. Jika sekiranya pihak GLC terlibat, maka ia sudah setentunya akan mengganggu ataupun crowding out sektor swasta khasnya sektor yang dimaksudkan itu, yang kini banyak dioperasikan oleh usahawan-usahawan tempatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.