Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL103
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 369 kata
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan sama ada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan mempertimbangkan untuk menambah perkataan ‘Digital’ dalam namanya bagi mencerminkan komitmen negara terhadap transformasi digital, selaras dengan Wawasan Brunei 2035, serta memperkukuhkan identiti negara sebagai Negara Pintar.
YANG BERHORMAT MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI​
JAWAPAN:
Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee bagi memodenkan nama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan menambah perkataan ‘Digital’.
Terlebih dahulu, izinkan peramba/kaola/saya mengongsikan secara ringkas mengenai latar belakang peranan dan tanggungjawab utama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada 15 Disember 2018, nama Kementerian ini telah diperkenankan untuk ditukar daripada Kementerian Perhubungan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).
Ini adalah bagi mengambil kira hal ehwal ICT semakin menonjol pada masa itu. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, selain daripada hal ehwal digital, Kementerian ini juga bertanggungjawab ke atas sektor pengangkutan iaitu darat, laut dan udara; sektor infokomunikasi; sektor perkhidmatan-perkhidmatan pos; kajicuaca; sains, teknologi dan inovasi serta keselamatan siber.
Pada masa yang sama, perkembangan yang berkaitan dalam bidang digital, untuk makluman adalah juga diterajui oleh Majlis Ekonomi Digital, manakala hal ehwal keselamatan siber di bawah Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber (JKKS).
Walaubagaimanapun, berikutan dengan berakhirnya tempoh Pelan Induk Ekonomi Digital pada tahun 2025, ini adalah salah satu peluang untuk menilai perubahan kepada struktur Majlis Ekonomi Digital Brunei dan juga untuk merasionalkan peranan agensi-agensi dan badan-badan yang terlibat di dalam usaha digital negara. Dengan itu, cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat adalah diambil maklum dan akan dipertimbangkan kesesuaiannya nanti.
Sekian, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dan terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.