Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL130
📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 442 kata
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF​
SOALAN:
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF minta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan jika Kementerian mempunyai langkah atau inisiatif dalam memperkasa dan memantapkan pengurusan serta pentadbiran masjid-masjid di negara ini dengan lebih efektif dan berkesan untuk menjadikan masjid sebagai one-stop centre dan platform kegiatan pengimarahan dan kemaslahatan masyarakat di persekitarannya dalam usaha mengembang majukan lagi syiar Islam di negara ini.
YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA​
JAWAPAN:
Masjid berfungsi sebagai pusat peribadatan, ilmu pengetahuan dan kemasyarakatan. Sebagai contoh, masjid sebagai tempat melaksanakan sembahyang fardhu lima waktu, fardhu jumaat, sembahyang sunat dua hari raya, sembahyang sunat gerhana, Qiamullail dan Kerohanian.serta program keugamaan seperti halaqah tadarus, Tadabbur dan membaca surah-surah pilihan.
Dalam pada itu, program peningkatan ilmu pengetahuan juga giat diadakan dengan perlaksanaan kuliah-kuliah, ceramah dan tazkirah serta kelas-kelas bimbingan ugama, Selain itu, kelas tambahan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan bersijil, kelas membaca al-quran dan amali ugama serta lain-lain juga diadakan di samping beberapa ilmu pengetahuan berkenaan pertanian dan kesihatan juga turut diadakan di beberapa buah masjid.
Masjid turut dijadikan sebagai pusat pusat kemasyarakatan dengan program-program seperti program amal mengumpul bantuan berupa inkind seperti barang-barang makanan asasi dan keperluan harian untuk diagihkan kepada asnaf dan orang-orang yang kurang berkemampuan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Belia Masjid, Jawatankuasa Takmir Masjid, agensi lain dan NGO’s. Tambahan daripada itu, masjid juga turut dijadikan tempat untuk mengadakan muzakarah bagi Majlis Perundingan Mukim dan Kampong.
Alhamdulillah kesemua perkara ini sudah menjadikan masjid sebagai one stop centre.
RUMUSAN:
Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) terus berusaha untuk menjadikan masjid sebagai pusat komuniti dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pusat kemasyarakatan, pendidikan agama, pembayaran zakat, pencen tua, dan bantuan. Kerjasama dengan kerajaan, swasta, badan beruniform, dan NGO juga dilaksanakan melalui program amal dan kempen kebersihan.
Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid mengalu-alukan penggunaan masjid sebagai pusat komuniti khasnya bagi pembayaran pencen tua bagi ketua-ketua kampong yang berkeinginan untuk menggunakan masjid sebagaimana yang telah dilaksanakan di beberapa buah masjid oleh Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong.
Dalam masa yang sama, JHEM akan meneruskan usaha untuk mengadakan seminar dan bengkel bagi pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dalam memperkasa dan memantapkan pengurusan serta pentadbiran masjid-masjid di negara ini dengan lebih efektif dan berkesan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.