Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL142
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 303 kata
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN minta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan perancangan Kementerian untuk menyelidiki kerosakan struktur dan asas bangunan yang dihadapi oleh Masjid Kampung Sungai Liang disebabkan gegaran lalu lintas dari jalan raya berdekatan bagi memastikan keselamatan jemaah.
YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA​
JAWAPAN:
Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui BDBP, KHEU telah memohon Pihak JKR untuk mengadakan pemeriksaan menyeluruh ke atas bangunan Masjid Kampong Sungai Liang. Pihak JKR telahpun mengadakan lawatan dan pemeriksaan dan memberikan maklum balas melalui Memorandum bertarikh 23 Ogos 2022 dengan menyatakan keterangan seperti berikut:
Struktur Masjid Kampung Sungai Liang adalah dalam keadaan stabil, tetapi beberapa bahagian perlu dibaikpulih atau diroboh, termasuk bahagian tambahan yang condong.
Kerosakan apron disebabkan down pipe rosak, dan endapan tanah berlaku akibat gegaran pembinaan rumah baharu di belakang masjid.
JHEM dengan kerjasama BDBP telah melaksanakan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil sebagai usaha jangka masa pendek dalam mengekalkan keselamatan dan keselesaan bagi Jemaah dan pengguna masjid berkenaan.
Sebagai usaha jangka masa panjang, sebagaimana jua saranan daripada pihak JKR, JHEM, KHEU akan melaksanakan perobohan bangunan tambahan bagi mengekalkan kestabilan struktur asal bangunan masjid selain membangun semula bangunan tambahan jika diperlukan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.