Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL22
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 367 kata
YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan apakah usaha dan perancangan pihak Kementerian khususnya ABCi dalam menangani kejadian rumah-rumah runtuh di Kampung Ayer bagi menjamin keselamatan rumah-rumah yang sedia ada, keselamatan nyawa dan harta benda penduduk-penduduk di Kampung Ayer.
YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​
JAWAPAN:
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin atas keprihatinan khususnya kepada keselamatan penduduk dan rumah-rumah di Kampung Ayer.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fungsi dan peranan ABCi bertanggungjawab meneliti pelan bangunan yang dipohonkan untuk dibina dan memberikan permit sebelum sebarang kerja dibenarkan untuk dimulakan. Selepas pembinaan siap dan bangunan dikeluarkan occupancy permit (OP), ABCi tidak ada peranan dalam pemantauan atau penguatkuasaan terhadap penyelenggaraan struktur tersebut. Pemantauan keselamatan rumah selepas pembinaan adalah tanggungjawab pemilik rumah serta klien yang berkaitan.
Bagi menangani isu rumah runtuh di Kampung Ayer, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini telah menjalankan pemeriksaan dan penilaian integriti struktur rumah di beberapa kawasan di Kampung Ayer. Susulan insiden rumah roboh pada tahun 2017, JKR telah melaksanakan pemeriksaan visual dalam dua fasa iaitu:
Fasa pertama pada tahun 2017 di Mukim Saba dan Mukim Peramu dengan jumlah 188 buah rumah.
Fasa kedua pada April 2023 di Mukim Burong Pingai, Mukim Peramu, Mukim Sungai Kebun dan Mukim Tamoi dengan jumlah 149 rumah.
Dengan perlaksanaan kedua-dua fasa tersebut, 337 buah rumah di Kampung Ayer telah dikenal pasti untuk diberikan sokongan penyelenggaraan lanjut untuk tindakan pemilik rumah.
Susulan penemuan ini, perlu juga diamati bahawa peranan JKR adalah lebih kepada memberikan khidmat nasihat teknikal ke atas rumah-rumah berkenaan termasuk mengenai kaedah pembaikan struktur yang selamat dan berkesan. Kementerian Pembangunan telah mengongsikan dapatan-dapatan tersebut kepada Jabatan Daerah Brunei-Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.