Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL84

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 7 minit
📊 Bilangan kata: 1,445 kata

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN

SOALAN:

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan (a) perancangan Kementerian bagi penambahan bilangan konsultan, pakar dan doktor bagi menampung kekurangan yang sangat ketara sehingga menyebabkan masa menunggu yang lama contoh bagi pembedahan iaitu 3-6 bulan; dan (b) jika terdapat peruntukan khusus bagi menaiktaraf fasiliti di Hospital RIPAS dan hospital-hospital Daerah.

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN

JAWAPAN:

Alhamdulillah, terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berhubung status terkini pelaksanaan perancangan dan strategi Kementerian dalam mempertingkatkan dan memantapkan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sebagai hospital rujukan dan tertiary serta peruntukan khusus bagi menaik taraf fasiliti di Hospital RIPAS dan hospital-hospital Daerah dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik, berkualiti dan berkesan bagi memenuhi keperluan semasa dan yang akan datang.

Yang Berhormat Pehin Yang DiPertua Dewan,

Hospital RIPAS berperanan sebagai hospital rujukan utama Negara, di peringkat tertiary bagi seluruh penduduk di Negara Brunei Darussalam semenjak tahun 1984 lagi. Bagi memastikan ianya kekal dengan status demikian, usaha berterusan sememangnya telah dilaksanakan dengan berbagai projek yang telah dikenal pasti dimana ada yang telah dilaksanakan, sedang dalam pelaksanaan dan juga dalam perancangan, dan menunjukkan Kementerian Kesihatan terus komited untuk memastikan RIPAS Hospital dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, sejajar dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Antara inisiatif dari Kementerian Kesihatan dalam hal ini termasuk:

  • Pengukuhan Infrastruktur dan Pembangunan Fasiliti yang termasuk Pembinaan Blok Hospital Baru. Kementerian Kesihatan sedang dalam proses pembangunan blok hospital baharu, dengan kapasiti 500 katil yang melibatkan peruntukan sebanyak BND 120 juta di bawah RKN 12. Blok ini akan memperluaskan kapasiti rawatan bagi keperluan yang telah meningkat dari setahun ke setahun dan meningkatkan kemudahan perubatan yang sedia ada.

  • Selain itu, kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih Hospital RIPAS telah dijalankan secara berperingkat selama 10 tahun dari 2015 bagi memastikan fasiliti perubatan terus berada pada tahap terbaik. Hospital RIPAS memohon peruntukan khusus setiap tahun bagi usaha ini, di mana perancangan peruntukan bagi tahun kewangan 2025/2026 berjumlah BND2.5 juta dan bagi tahun kewangan 2026/2027 sebanyak BND5.5 juta. Pelaksanaan perlu secara berperingkat dan tertakluk kepada faktor-faktor seperti penjejasan perkhidmatan, ketersediaan tempat bagi pemindahan pesakit sementara kerja-kerja penaiktarafan dijalankan dan tenaga kerja untuk pengendalian projek.

Alhamdulillah, berkat kemudahan peruntukan dan usahasama untuk menjayakan projek-projek di Hospital RIPAS, projek yang sudah siap terlaksana termasuk penaiktarafan Breast Imaging Centre, Bilik Bedah OT1 & OT2, penaiktarafan wad CCU, pemasangan PABX baru dan pemasangan PA system baru. InsyaAllah, di masa yang terdekat, projek-projek penaiktarafan di Ward 15 (ward pengasingan) dan Klinik Ortopedik akan disiapkan. Dalam perancangan tahun ini seterusnya, antara projek akan dilaksanakan InsyaAllah termasuk: renovasi dan memperluas ruangan bagi perkhidmatan farmasi pesakit luar; kerja pembaik pulih tanah susur dekat Bangunan Wanita dan Kanak-Kanak; penggantian atap baru; penaiktarafan bilik bedah OT 3, 4 dan 5; penggantian baru nurse call di Bangunan Wanita dan Kanak-Kanak; penaiktarafan wad 10 & 11 sebagai unit rawatan rapi; penambahbaikan Klinik Respiratori dengan penambahan Pulmonary Function Laboratory; dan renovasi 2 bungalow di Kampong Kianggeh, sebagai klinik pesakit luar fisioterapi.

Inisiatif yang cukup penting merupakan pengukuhan Perkhidmatan Klinikal dan Kepakaran demi memastikan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Mutu penyampaian perkhidmatan (Service delivery quality) adalah setiasa dalam pemantauan Kementerian Kesihatan dan usaha-usaha untuk pembaikan/penaiktarafan diteruskan, terutamanya dari segi waktu menunggu (waiting time) bagi rawatan seperti pembedahan; jenis dan kepelbagaian rawatan; serta pembelian baru mahupun penggantian equipment yang ada kepada yang terkini, selaras dengan piawaian antarabangsa dan keperluan end-user. Alhamdulillah, pembaikan dari segi waiting time telah menurun bagi perkhidmatan berkhatan dari 2 tahun ke "cuti sekolah seterusnya dimana satu fasiliti khas di Kianggeh telah disediakan untuk perkhidmatan ini yang dibukakan setiap masa tanpa mengira waktu cuti sekolah.

Bagi pembedahan katarak (“utik”), Kementerian Kesihatan menghadapi masalah waiting time kerana perkhidmatan pembedahan katarak ini terpaksa ditunda semasa negara menangani pandemik Covid-19. Alhamdulillah, sebanyak 4,389 kes telah berjaya dilaksanakan sejak Januari 2023 hingga Disember 2024, manakala jumlah kes menunggu telah menurun kepada 743 kes setakat Februari 2025.

Manakala misalan pembaikan dari penaiktarafan perkakas/equipment yang dalam pelaksanaan termasuk pembelian baru Endoscopic Ultrasound System (EUS) untuk Unit Gastrenterologi, yang mana dengan ketersediaannya memberi impak yang positif dalam menambah kapasiti diagnostics di dalam negeri dan secara langsung akan mengurangi penghantaran pesakit ke luar negeri.

Selari dengan ini, usaha penambahan Perkhidmatan Subspesialis dan Pakar sedang berterusan untuk menarik dan melatih lebih ramai pakar dalam bidang tertentu seperti kepakaran pembedahan, onkologi, kardiologi; untuk memastikan RIPAS kekal sebagai pusat rujukan utama. Sejak tahun 2000, beberapa program Basic Specialty Training (BST) telah dilaksanakan, melibatkan bidang kepakaran seperti perubatan dalaman, penjagaan kesihatan asas, pembedahan, psikiatri, dan kecemasan. Latihan kepakaran kedoktoran dan kejururawatan di dalam negara juga dijangka akan diperluaskan, selaras dengan status Hospital RIPAS yang diiktiraf sebagai "Teaching Hospital." Sebagai contoh, penubuhan Basic Specialty Training (BST) dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi kini sedang dalam perancangan sebagai tambahan program yang sedia ada. Selain itu, satu lagi perkembangan penting adalah pelancaran Diabetic Nurse Educator Diploma in Health Sciences yang dijalankan melalui kerjasama dengan Politeknik Brunei dan JCHS.

Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan usaha yang berterusan dalam memperkukuhkan lagi sistem pendidikan dan latihan kesihatan, dengan tujuan untuk menghasilkan tenaga kerja kesihatan yang lebih mahir dan berkualiti.

Kementerian Kesihatan juga telah membuat pelaburan yang penting dalam inisiatif Digitalisasi dan Inovasi dalam Perkhidmatan Kesihatan. Ini termasuk Peralihan ke Sistem EMR (Electronic Medical Record) Baharu (BruHIMS 2.0 - ISH MED). Perancangan untuk menaik taraf sistem rekod perubatan elektronik (EMR) sedang giat dijalankan bagi memastikan penyimpanan rekod pesakit lebih cekap dan integrasi sistem kesihatan yang lebih baik. Berkaitan dengan ini juga adalah pengukuhan Telemedicine dan Kesihatan Digital di mana Platform BruHealth terus ditambah baik, termasuk peluasan telekonsultasi dan digital therapeutics (seperti applikasi Balance, khusus untuk penjagaan penyakit Diabetes), yang membolehkan pesakit mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan pantas.

Selain itu, Peningkatan Kecekapan dan Akses Perkhidmatan Kesihatan juga menjadi tumpuan Kementerian Kesihatan. Pemodenan Sistem Pengurusan Pesakit telah dilancarkan, di mana Kementerian telah meningkatkan sistem pendaftaran dan penjadualan temu janji bagi mengurangkan masa menunggu dan memastikan aliran kerja yang lebih lancar. Selari dengan Strategi Kementerian Kesihatan, Penyelarasan Perkhidmatan dengan Hospital-Hospital Daerah diteruskan, di mana Hospital RIPAS terus berfungsi sebagai pusat rujukan utama, dengan kerjasama yang lebih erat dengan hospital daerah dan pusat kesihatan bagi memastikan kesinambungan penjagaan pesakit dari peringkat primary ke tertiary.

Kementerian Kesihatan dalam usahanya untuk mengejar kecemerlangan, telah membuat emphasis untuk pengukuhan Kualiti dan Keselamatan Pesakit. Ini termasuk Pemantapan Standard Keselamatan dan Akreditasi. Langkah-langkah berterusan diambil untuk memastikan Hospital RIPAS memenuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan pesakit, pengurusan risiko, dan kualiti perkhidmatan. Melalui penubuhan Quality and Patient Safety Unit di peringkat Kementerian Kesihatan dan di peringkat hospital-hospital dan perkhidmatan-perkhidmatan klinikal, Budaya Keselamatan (Safety Culture) dapat ditanai, antaranya dengan pengendalian sistem dalam talian Incident Report (IR) dan aplikasi MOHCares; dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif International Patient Safety Goals (IPSG).

Program Latihan dan Pembangunan Profesional untuk Kakitangan Kesihatan juga memainkan peranan penting, di mana program latihan profesional secara berkala sedang diperkukuhkan bagi memastikan tenaga kerja kesihatan sentiasa berdaya saing dan mampu memberikan rawatan terbaik. Aktiviti-aktiviti Continuous Professional Development merupakan kriteria mandatori untuk mengekalkan pendaftaran dengan lembaga profesional yang berkaitan. Disamping itu juga, kegiatan-kegiatan dan Kempen pengajaran serta peningkatan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan giat diungkayahkan di Hospital RIPAS dan di venue “off-site”, dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, pesakit serta warga Hospital RIPAS dan Kementerian Kesihatan tentang isu-isu seperti Kesihatan Mental, Rintangan Antimikrob, Hari Farmasi Sedunia, Hand Hygiene, Child Development dan sebagainya.

Sebagai hospital rujukan utama di Brunei, Hospital RIPAS terus mengalami transformasi menyeluruh dari segi infrastruktur, perkhidmatan klinikal, inovasi digital, dan kecekapann operasi. Dengan perancangan yang sedang dilaksanakan, RIPAS Hospital akan terus berkembang untuk memenuhi keperluan kesihatan negara, sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan dalam memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik, berkualiti dan berkesan kepada rakyat.

Sekian, Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua Dewan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.