Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL112
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 385 kata
YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan justifikasi perbezaan kadar cukai tanah yang lebih tinggi di kawasan perbandaran berbanding luar bandar, sedangkan perkhidmatan seperti kutipan sampah, pembersihan saliran, dan penyelenggaraan infrastruktur di kawasan perbandaran tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula kadar cukai atau meningkatkan perkhidmatan bagi memastikan manfaat yang setimpal.
YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​
JAWAPAN:
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan atas pertanyaan yang diajukan berkaitan kadar cukai tanah yang dikuatkuasakan pada masa ini.
Cukai Tanah dikenakan berdasarkan peruntukan Kanun Tanah (Penggal 40). Cukai ini adalah bayaran tahunan yang wajib dijelaskan oleh setiap pemilik tanah berdaftar. Kutipan Cukai Tanah ini di bawah bidang kuasa Jabatan Tanah.
Kadar cukai tanah ditentukan berdasarkan jenis penggunaan (syarat khas) tanah, saiz, dan lokasinya. Sebagai contoh, tanah bersyarat perumahan am di dalam kawasan bandaran dikenakan kadar yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Ini kerana tanah yang terletak dalam kawasan bandaran mempunyai market value atau nilai pasaran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan tanah yang lokasinya di luar kawasan bandar. Maka nilai harga tanah tersebut lebih tinggi jika dibandingkan dengan tanah berukuran sama yang letaknya di luar bandar.
Misalnya tanah bersyarat perumahan am berukuran 0.25 ekar di Jalan Kumbang Pasang dikenakan cukai tanah sejumlah BND 50 setahun. Dan bagi tanah yang bersyarat dan berukuran yang sama di Kampung Junjongan harga cukainya ialah sejumlah BND 10 setahun.
Cukai ini dikenakan ke atas tanah, sama ada terdapat binaan dibuat di atasnya atau tidak.
Cukai tanah tidak tersangkut atau terkait dengan mana-mana perkhidmatan yang diberikan oleh pihak yang berkuasa di dalam kawasan bandar.
Cukai Bangunan yang dikenakan di bawah Akta Lembaga-Lembaga Bandaran (Penggal 57) bukan di bawah kuasa Jabatan Tanah atau Kementerian Pembangunan. Seksyen 36 dan Seksyen 4.1 di bawah Akta ini memperuntukkan tugas Lembaga Bandaran untuk mengawal selia antara lain perkhidmatan seperti kutipan sampah, pembersihan saliran, dan penyelenggaraan infrastruktur tertentu. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan tersebut tidak ada kaitannya dengan Cukai Tanah.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.