Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL33

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 527 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk mempercepat pembangunan infrastruktur yang kondusif di kawasan-kawasan strategik yang dikenal pasti bagi tujuan perniagaan untuk belia dan warga emas yang juga menjadi tumpuan pelancong seperti Jerudong, Gadong dan Kupang, yang mana pada masa ini infrastruktur daif di kawasan-kawasan ini menghalang peniaga dari berkembang maju dan menjejaskan imej negara.

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam diatas soalan yang diajukan.

Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan dalam mempercepatkan pembangunan infrastruktur yang kondusif di kawasan-kawasan strategik bagi tujuan perniagaan untuk belia dan warga emas yang juga menjadi tumpuan pelancong seperti Jerudong, Gadong dan Kupang. Adalah tidak dinafikan bahawa bangunan-bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan yang telah dibina sejak beberapa puluh tahun yang lalu seperti Pasar Jerudong pada tahun 2002, Pasar Gadong pada tahun 1985, manakala Tamu Kupang adalah pada sekitar tahun 1980an. Dengan usia bangunan yang sudah lama, sudah setentunya ianya memerlukan penyelenggaraan yang menyeluruh dan berterusan.

Alhamdulillah, kerja-kerja penyelenggaraan ke atas bangunan-bangunan berkenaan telah dilaksanakan dari masa ke semasa. Bagi Pasar Jerudong kerja-kerja yang telah dilaksanakan adalah seperti penggantian atap, pembaikan tandas-tandas, mengganti pagar besi dan sebagainya serta juga kerja-kerja pembersihan dan mencantas pokok-pokok di sepanjang jalan menuju tempat penurunan perahu. Bagi Pasar Gadong antaranya pembaikan lampu jalan, penutup longkang, pembaikan paip air dan pintu, dan pemecahan struktur terbiar yang telah rosak. Manakala di Tamu Kupang pula penukaran lampu-lampu gerai telah dilaksanakan sendiri oleh pihak Jabatan.

Setakat yang dapat Kaola kongsikan di dewan Yang Mulia ini, perbincangan telahpun diadakan dengan agensi Kerajaan yang berkenaan dalam usaha untuk menaiktaraf infrastruktur ke atas bangunan-bangunan yang dimaksudkan. Alhamdulillah, sebuah syarikat telah dilantik sebagai Pengurus Fasiliti untuk memastikan keadaan di Pasar Pelbagai Barangan di Gadong dan Tamu Kianggeh yang dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan berkeadaan bersih dan kondusif. Dalam masa yang sama, Tamu Selera adalah dalam proses penaiktarafan yang bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada peniaga tempatan dan sekaligus menarik pelancong dan orang ramai menjamu selera.

Insha Allah, perkhidmatan pengurusan fasiliti bagi tandas-tandas awam dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, iaitu di pos-pos kawalan, beberapa buah jabatan di Kementerian ini, pasar-pasar di bawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, serta dewan di Daerah Tutong akan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Tahun Kewangan 2025/2026. Sementara itu, tandas-tandas awam yang lain pada ketika ini adalah diselenggarakan oleh syarikat-syarikat yang dilantik melalui peruntukan Jabatan masing-masing dan Insha Allah, pembersihan dan penyelenggaraan tandas-tandas awam ini akan dimasukkan dibawah satu kontrak Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sekian yang dapat Kaola sampaikan pada menjawab soalan berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.