Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL140
π Masa membaca: 2 minit
π Bilangan kata: 324 kata
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MD. SALLEH BIN HAJI OTHMANβ
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jika pihak Kementerian mengambil tindakan terhadap masalah bekalan air yang berterusan di Asrama Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam bagi memastikan kesejahteraan pelajar.
YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKANβ
JAWAPAN:
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman atas soalan PL140.
Asrama IBTE Kampus Nakhoda Ragam mempunyai empat (4) blok β dua (2) blok untuk penuntut lelaki (Putera Blok B dan Blok C) serta dua (2) blok untuk penuntut perempuan (Puteri Blok A dan Puteri Blok B). Isu bekalan air yang berterusan telah menimbulkan kebimbangan terhadap kesejahteraan pelajar. Oleh itu, pihak IBTE telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pembaikan dan penggantian Booster Pump yang telah lama digunakan serta menyediakan langkah sementara untuk menjamin bekalan air di asrama-asrama yang terjejas.
Di Asrama Puteri Blok A dan Blok B, telah dikenal pasti isu kebocoran, iaitu tekanan air rendah akibat paip berkarat, serta kerosakan pada komponen βrelayβ.
Proses pembaikan serta penggantian Booster Pump telah selesai pada November 2024.
Manakala di Asrama Putera Blok C, Booster Pump yang mengalami kerosakan pada November 2024 telah dibaiki dan kembali berfungsi sejak Februari 2025.
Bagi Asrama Putera Blok B, aduan mengenai gangguan bekalan air telah diterima pada Januari 2025. Isu ini masih di dalam proses penyelesaian, dan pembaikan booster pump kini berada pada peringkat perlaksanaan dokumen tender.
Sebagai usaha sementara, bekalan air telah disimpan dalam tong besar yang ditempatkan di tandas dan kawasan asrama. Penghuni asrama juga disarankan untuk berkongsi kemudahan tandas dan bilik mandi sehingga masalah bekalan air dapat diselesaikan sepenuhnya.
Sekian dan terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.