Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL123
π Masa membaca: 3 minit
π Bilangan kata: 538 kata
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDINβ
SOALAN:
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin meminta Menteri Pembangunan menyatakan jika pihak Kementerian membuat sebarang perancangan untuk membuat satu skim pembayaran balik yang lebih mudah bagi mereka yang baru mendapat perumahan (RPN) terutamanya dikalangan mereka yang akan mencecah usia 55 ke 60 tahun?
YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNANβ
JAWAPAN:
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad WaβAla Alihi Wasahbihi Wassalam.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin yang telah mengemukakan soalan berhubung sama ada pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan skim pembayaran balik pinjaman perumahan yang lebih mudah bagi penerima rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN), khususnya mereka yang baru menerima rumah pada usia 55 hingga 60 tahun.
Sebelum pemohon diberikan rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan akan terlebih dahulu meneliti kemampuan pemohon tersebut untuk membayar balik pinjaman perumahan yang bakal ditangguh.
Jika hasil penilaian mendapati pemohon tidak mampu melunaskan bayaran balik pinjaman, Jabatan Kemajuan Perumahan akan menyarankan agar pemohon tersebut mendapatkan seorang penanggung bayaran bersama daripada kalangan anak atau ahli keluarga terdekat. Perkara ini merupakan tambahan kepada keperluan biasa untuk menyediakan dua orang penjamin bagi pinjaman perumahan berkenaan. Dalam situasi di mana kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan masih dirasakan tinggi, jumlah ansuran tersebut boleh dikurangkan melalui bayaran tambahan (top-up) oleh pemohon. Pembayaran tambahan ini boleh dibuat sama ada dengan menggunakan simpanan di bawah Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang dikhususkan untuk perumahan, ataupun melalui simpanan Skim Tabungan Perumahan. Skim ini adalah program simpanan khas yang dikendalikan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP) untuk membantu individu menabung khusus bagi keperluan perumahan. Menerusi skim ini, pemohon boleh mengumpul dana yang kemudiannya boleh digunakan bagi pembayaran pendahuluan rumah atau untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan, sekali gus merendahkan ansuran bulanan yang perlu dibayar.
Di samping itu, Jabatan Kemajuan Perumahan turut membenarkan pemohon memanfaatkan simpanan di bawah Skim Persaraan Kebangsaan milik ahli keluarga terdekat (seperti pasangan atau anak) untuk tujuan membantu pembayaran balik pinjaman perumahan berkenaan.
Bagi pemohon Rancangan Perumahan Negara yang berpendapatan rendah pula, Kementerian menggalakkan mereka menyertai Skim Tabungan Perumahan di bawah kelolaan TAP ini untuk meningkatkan kemampuan kewangan ke arah pemilikan rumah sendiri. Melalui penyertaan dalam skim ini, pemohon dapat membina tabungan yang boleh digunakan kelak bagi meringankan bayaran pendahuluan atau ansuran pinjaman perumahan mereka. Penyertaan dalam Skim Tabungan Perumahan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak TAP.
Demikianlah yang dapat Kaola terangkan secara ringkas mengenai dengan soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa tersebut. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.