Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL17

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 577 kata

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM

SOALAN:

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan Kementerian Pendidikan untuk mengemaskini kurikulum bagi mengadaptasikannya dengan perkembangan semasa bagi teknologi, inovasi dan lain-lain, di semua peringkat pembelajaran. Ini mengambil kira beberapa negara jiran telah memperkenalkan mata pelajaran Coding dalam kurikulum sekolah rendah untuk memastikan penuntut-penuntutnya ‘industry-ready,’ memandangkan skill ini in-demand dan marketable di mana beberapa sekolah swasta tempatan juga telah melaksanakannya.

YANG BERHORMAT MENTIRI PENDIDIKAN

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu koala / saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk koala / saya pada hari ini bagi koala / saya menjawab soalan PL 17 yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim mengenai perancangan Kementerian Pendidikan untuk mengemaskini kurikulum bagi mengadaptasikannya dengan perkembangan semasa bagi teknologi, inovasi dan lain-lain, di semua peringkat pembelajaran. Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Kementerian Pendidikan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-21 Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2025, bagi kita untuk melakukan transformasi dalam meningkatkan produktiviti dan hasil negara merentasi sektor-sektor termasuk Pendidikan, dengan mengambil kira kepesatan teknologi.

Dalam hal ini, selaras dengan Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 dan Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan (2023-2027), Kementerian Pendidikan akan terus melaksanakan inisiatif seperti berikut:

i. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan penggunaan IT dan kemahiran pengkodan (coding) merentas mata-mata pelajaran. Pelbagai program kemahiran teknologi seperti modul-modul latihan “STEAM for Future” juga menawarkan latihan kemahiran coding menggunakan Scratch dan Magnet Code; ii. Di peringkat pengajian tinggi, beberapa program ditawarkan yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi digital, merangkumi peringkat sijil sehingga pasca-ijazah termasuk micro-credentials. Program-program ini meliputi pelbagai elemen ICT seperti Artificial Intelligence (AI), Digital Science, Cybersecurity, Cloud and Networking dan Data Analytics.

Alhamdulillah, dengan kemahiran teknologi yang telah awal dipupuk, beberapa pencapaian inovasi telah diraih oleh pelajar-pelajar seperti berikut:

i. Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2024 yang dimenangi oleh Sekolah Rendah Rimba III, Sekolah Menengah Berakas dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) mengikut kategori masing-masing; ii. Pertandingan Young Inventors Challenge (YIC) di Malaysia dimana Sekolah Menengah Berakas telah menerima anugerah tiga tahun berturut-turut. Semua Projek ini terhasil dengan penggunaan coding; iii. IBTE telah meraih Pingat Emas dalam bidang kemahiran ‘Internet Marketing’ dalam Belt and Road International Skills Competition 2024; iv. Coursera telah menganugerahkan Universiti Brunei Darussalam (UBD) AI Innovation Award for the Asia Pacific Region 2024. Pensijilan pelajar dalam Program Applied Artificial Intelligence (AAI) kendalian School of Digital Science (SDS), UBD ini telah diiktiraf sebagai peneraju dalam pendidikan dan inovasi AI oleh pakar industri IBM dan Google. Selain pelajar, beberapa tenaga akademik institusi pengajian tinggi juga menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti anugerah UL Research Institutes-ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2024, anugerah ASEAN-Japan Cyber Security Community Alliance dan anugerah ASEAN Blue Innovation Challenge.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.