Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL49

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 884 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN minta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah Kementerian untuk menggalakkan sukarelawan belia, NGOs dan institusi korporat yang mana masih boleh dipertingkatkan untuk terlibat dalam program warga emas dan mengelinga kesejahteraan warga emas. Soalan ini adalah berdasarkan kepada dengan berhasrat untuk mencapai kemajuan dan inklusiviti dalam mana 10.8% (48,800 orang) penduduk Brunei adalah warga emas dan dijangkakan meningkat ke 64,158 orang pada tahun 2030.

YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN​

JAWAPAN:

  1. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

  2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin atas pertanyaan PL49 mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menggalakkan1. penglibatan sukarelawan belia, NGO, dan institusi korporat dalam program yang menyokong kesejahteraan warga emas.

  3. Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, sejajar dengan Pelan Tindakan Warga Emas di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama agensi-agensi berkaitan, terus berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas, khususnya mereka yang memerlukan. Pendekatan ini melibatkan kerjasama erat dengan sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan komuniti setempat bagi memastikan bantuan dan sokongan yang lebih menyeluruh dapat disampaikan kepada golongan ini.

  4. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2023 dan 2024, KKBS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah melaksanakan pelbagai program berorientasikan kebajikan warga emas yang melibatkan penglibatan aktif belia, termasuk:

a. Pertama, Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas: Pada tahun 2023, mahasiswa dan mahasiswi perubatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan walkathon khas untuk warga emas. Pada tahun 2024, Brunei Medical Students Association (BMSA) pula telah melaksanakan "The Golden Milestones", iaitu satu walkathon secara maya.b. Kedua, Projek Memeduli Warga Emas: JAPEM bekerjasama dengan Persatuan BERSATU (Alumni Kapal Belia) dalam menyantuni dan membantu warga emas melalui pelbagai aktiviti sokongan.c. Ketiga, Community Outreach Programme UBD: Pelajar-pelajar UBD telah mengadakan pelbagai program untuk warga emas, termasuk pertandingan boling antara Pusat Kegiatan Warga Emas di keempat-empat daerah.d. Keempat, Kempen Kebersihan bagi Klien Projek Memeduli Warga Emas: Sukarelawan belia dari pelbagai institusi, termasuk Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), IBTE, UBD, UNISSA, dan PKBN, telah terlibat dalam aktiviti pemedulian warga emas.e. Kelima, Aktiviti Meningkatkan Kecerdasan Otak Warga Emas: Demensia Brunei dengan kerjasama pelajar Community Outreach Programme UBD telah menganjurkan pelbagai aktiviti, termasuk permainan tradisional, untuk merangsang daya ingatan warga emas.f. Keenam, Kajian ReST Program oleh Mahasiswa Perubatan UBD: Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, program ini diperkenalkan bagi menggalakkan warga emas meningkatkan kekuatan fizikal dan keseimbangan badan dengan mengintegrasikan gerakan dan istilah solat.

  1. Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, dalam Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-13 tahun ini, KKBS telah menerapkan modul baharu yang menekankan aspek kesukarelawan dan pemedulian sosial, dengan fokus kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Inisiatif ini adalah bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin terhadap golongan ini. Insya Allah, di masa akan datang, latihan Program Khidmat Bakti Negara akan terus menerapkan modul ini dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkepentingan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan golongan-golongan yang berkenaan. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan di samping menanamkan suasana harmoni, rasa kekitaan dan pemedulian. Ke arah ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan strategik dan orang awam dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan hasrat ini.

  2. Selain itu, di bawah Pelan Tindakan Warga Emas yang baharu, KKBS akan terus memperkasakan penyertaan belia dalam menyantuni warga emas, termasuk dalam aspek sokongan sosial, kesejahteraan mental, serta literasi digital untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

  3. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Kementerian ini sudah berpuas hati dan melihat program sedia ada sebagai mencukupi. Masih terdapat ruang untuk memperluaskan dan mempertingkatkan inisiatif yang lebih bersasar, khususnya dalam menarik lebih ramai sukarelawan belia untuk menyantuni warga emas yang memerlukan bantuan. Pada masa yang sama, KKBS akan terus memperkukuh kerjasama dengan persatuan warga emas bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan lebih efektif dan benar-benar memenuhi keperluan serta kesejahteraan mereka.

  4. Kementerian juga kekal komited untuk memperkukuh ekosistem kesukarelawan belia, agar usaha murni ini tidak hanya memberi manfaat kepada warga emas, tetapi juga menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih penyayang, inklusif dan bersatu padu.

  5. Sekian sahaja bagi menjawab persoalan PL49 Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.