Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT117

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan bagaimanakah kerajaan mengukur keberkesanan program-program kitar semula yang telah dilaksanakan setakat ini? Apakah sasaran kadar kitar semula negara yang telah ditetapkan menjelang tahun 2035 dan strategi serta inisiatif yang akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran tersebut?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) terus komited dalam menangani isu sisa buangan di negara ini sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sebuah negara yang lestari dan berdaya tahan.

Bagi memastikan keberkesanan program-program kitar semula yang dilaksanakan, JASTRe sentiasa memantau beberapa petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicators), antaranya kadar kitar semula negara, jumlah sisa yang berjaya dialihkan daripada tapak pelupusan (waste diversion rate), jumlah bahan kitar semula yang dikumpulkan, serta tahap penyertaan orang ramai dan pelbagai pihak berkepentingan dalam program-program yang dianjurkan.

Dalam usaha memperkukuhkan pengurusan sisa yang lebih efisien dan mampan, JASTRe telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar penjanaan sisa kepada 1.0 kilogram seorang sehari serta meningkatkan kadar kitar semula negara kepada 30 peratus menjelang tahun 2035. Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan yang dijalankan, pencapaian semasa adalah mengikut landasan (on track) ke arah mencapai sasaran tersebut.

Bagi mencapai sasaran ini, pelbagai strategi dan inisiatif sedang dan akan terus dilaksanakan, termasuk memperkukuhkan dasar dan perundangan pengurusan sisa, melaksanakan Projek Konsesi Kutipan Sampah Rumah ke Rumah yang turut menyediakan kutipan bahan kitar semula, memperluaskan program-program kesedaran seperti Eco Food Waste Initiative (EFWI) dan Hari Kitar Semula (Recycling Day), membangunkan Pusat Kitar Semula (Recycling Centre), serta menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sisa bagi Industri Pembinaan. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan meningkatkan amalan pengasingan sisa di punca, menggalakkan budaya 3R dan mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

Dengan komitmen berterusan daripada Kerajaan serta kerjasama semua pihak, termasuk sektor swasta, masyarakat dan orang ramai, insya-Allah sasaran pengurangan penjanaan sisa dan kadar kitar semula negara menjelang tahun 2035 dapat dicapai.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.