Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT061

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan memandangkan bekalan daging mentah negara bergantung kepada import dan melibatkan pelbagai agensi, sejauh manakah Kementerian menilai proses pengimportan sedia ada bagi memastikan kos efektif tanpa menjejaskan piawaian halal, veterinar dan keselamatan makanan, serta apakah langkah pembaharuan yang dirancang?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Pihak Kementerian pada masa ini melihat situasi serta kaedah pelaksanaan sedia ada masih relevan, praktikal, dan berkesan dalam menjamin kelangsungan serta kehalalan produk yang dipantau secara berterusan. Sehubungan dengan itu, sebarang penilaian terhadap kecekapan kos hendaklah dilaksanakan secara komprehensif dengan merangkumi keseluruhan rantaian bekalan tanpa menjejaskan integriti halal dan keselamatan produk halal. Walau bagaimanapun, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) akan terus menilai dari semasa ke semasa dan menambah baik proses pengimportan sedia ada bersama agensi-agensi berkepentingan seperti Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

  1. Inisiatif Kementerian dalam melaksanakan proses pengimportan secara kos efektif melalui penghantaran Pegawai Pemerhati dalam jumlah yang minimum. Walau bagaimanapun jumlah kos keseluruhan adalah tertakluk juga kepada lokasi, musim penghantaran dan jumlah hari bertugas. Pihak Kementerian telah melaksanakan kajian bagi anggaran kos pembiayaan Pegawai Pemerhati pasca COVID-19.

  2. Senarai kos bagi penghantaran Pegawai Pemerhati:

i. Tiket penerbangan pergi balik ii. Kos penginapan iii. Elaun sara hidup iv. Kos pengangkutan v. Insurans

  1. Usaha-usaha kementerian dalam melaksanakan pembaharuan dengan mengambil kira perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan khususnya pasca COVID-19.

Cabaran Kenaikan Kos Luaran Yang Tidak Dapat Dielakkan

Pihak Kementerian turut mengambil maklum dan berhadapan dengan cabaran kenaikan kos pengimportan daging secara keseluruhan. Kenaikan harga ini bukanlah 100% berpunca daripada proses kawalan halal tempatan, sebaliknya sebahagian besar disebabkan oleh faktor peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan di peringkat global atau negara pembekal. Ini termasuklah faktor seperti peningkatan kos makanan ternakan, kenaikan kos pengangkutan kargo antarabangsa dan juga ketidaktentuan geopolitik global.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.