Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT063

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan memandangkan vape mudah diperoleh melalui media sosial dan penyeludupan rentas sempadan, termasuk yang mengandungi bahan terlarang, sejauh manakah kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Biro Kawalan Narkotik, PPDB dan Kastam diperkukuh? Apakah pembaharuan pemantauan digital, penguatkuasaan dan kerangka hukuman yang dirancang bagi meningkatkan kesan pencegahan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Bagi memperkukuh usaha penguatkuasaan terhadap penjualan dan pengedaran produk tembakau dan vape yang menyalahi undang-undang, Kementerian Kesihatan melalui Unit Penguatkuasaan Kesihatan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara konsisten berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. Kerjasama strategik secara bersepadu turut diperkukuh bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Sekolah-Sekolah serta agensi-agensi berkaitan yang lain. Kerjasama ini merangkumi perkongsian risikan, penyelarasan operasi, pemantauan bersama serta pemeriksaan di pintu-pintu masuk sempadan negara bagi membendung penyeludupan produk-produk tegahan.

Di samping itu, melalui kerjasama erat khususnya dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Unit Penguatkuasaan Kesihatan sentiasa melaksanakan operasi bersepadu dari semasa ke semasa bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap aktiviti pengedaran dan penjualan rokok serta vape yang diseludup masuk ke Negara Brunei Darussalam. Operasi-operasi ini meliputi tindakan terhadap penjualan secara fizikal mahupun melalui platform dalam talian, selaras dengan usaha membanteras rantaian bekalan produk-produk yang menyalahi undang-undang.

Mengenai pemantauan digital, Kementerian Kesihatan juga sedang mempertingkatkan keupayaan pemantauan terhadap platform media sosial dan medium dalam talian bagi mengenal pasti aktiviti pengiklanan, promosi dan penjualan produk rokok serta vape yang melanggar peruntukan undang-undang. Maklumat dan risikan yang diperoleh melalui pemantauan ini membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berfokus dan berkesan terhadap individu atau rangkaian yang terlibat, sekali gus memperkukuhkan usaha pencegahan dan melindungi masyarakat daripada akses kepada produk-produk berbahaya tersebut.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.