Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT096

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan untuk menyediakan tenaga kerja yang menggunapakai teknologi baru dan meningkatkan produktiviti merentas sektor utama dalam kluster-kluster seperti industri digital, kewangan, pertanian pintar, pengeluaran makanan, pelancongan dan logistik? Ini penting untuk ditangani secara bersepadu dan sejajar, sebagai langkah menyediakan tenaga kerja yang responsif dan industry-driven, mengambilkira keperluan future industry.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan sedang memperkukuh penyediaan tenaga kerja masa hadapan supaya lebih responsif terhadap perubahan teknologi dan keperluan industri. Usaha ini dilaksanakan selaras dengan Manpower Blueprint dan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023–2027, dengan memberi tumpuan kepada empat perkara utama.

Pertama: Penjajaran program pendidikan dengan permintaan industri dan keperluan tenaga kerja.

Institusi pengajian tinggi dan TVET melibatkan industri melalui lembaga penasihat industri, semakan kurikulum, penanda arasan, analisis keperluan tenaga kerja dan pemantauan hasil graduan. Ini membolehkan program baharu atau sedia ada disesuaikan dengan perkembangan teknologi dan keperluan sebenar sektor ekonomi.

Sebagai contoh, UNISSA menggunakan Industrial Advisory Board dalam pembangunan dan semakan program; Politeknik Brunei melaksanakan semakan program bersama panel industri; manakala IBTE menggunakan Jawatankuasa Teknikal Perantisan dan Programme Development Evaluation Committee, serta merancang Future-Oriented Curriculum Audit dan Skills Mapping for Future Curriculum bagi mengenal pasti perubahan pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan.

Kedua: Memperkukuh penguasaan teknologi baharu dan kemahiran masa hadapan.

Kementerian memberi penekanan kepada kemahiran digital, analitik data, kecerdasan buatan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kebolehsuaian supaya graduan bukan sahaja mampu menggunakan teknologi, tetapi juga menggunakannya dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan kecekapan kerja.

Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ialah pengenalan kursus wajib Artificial Intelligence and Emerging Technologies di UNISSA mulai Tahun Akademik 2024/2025; modul Green and Digital Literacy for Sustainability di Politeknik Brunei mulai pengambilan Julai 2026; serta penstrukturan program IBTE dengan memasukkan elemen digital, AI, teknologi hijau, AR, VR dan Industri 4.0. UBD pula akan melaksanakan pembaharuan kurikulum GenBESTARI mulai September 2026 dengan memberi penekanan kepada pembelajaran merentas disiplin dan penyelesaian masalah melalui penggunaan teknologi, data dan AI.

Ketiga: Membangunkan laluan kemahiran mengikut kluster ekonomi strategik.

Bagi industri digital dan kewangan, UBD menawarkan laluan dalam Perakaunan (FinTech) dan Kewangan (Analitik Data), manakala Politeknik Brunei menawarkan program dalam Analitik Data, Keselamatan Siber, Rangkaian Awan dan Penyelesaian Digital.

Bagi pertanian pintar dan pengeluaran makanan, UTB menawarkan program Agroteknologi dan program berkaitan Sains dan Teknologi Makanan. UNISSA pula menawarkan program Sains Pertanian serta inisiatif dalam bidang AgriHalal, pertanian, perikanan dan agrimakanan. Program-program ini memberi pendedahan kepada aplikasi teknologi dalam sektor agromakanan dan menyokong peningkatan produktiviti sektor tersebut.

Bagi pelancongan dan logistik, Politeknik Brunei memperkenalkan Diploma Tahap 5 dalam Pengurusan Perniagaan dan Pelancongan mulai Julai 2026. Pendedahan industri turut dilaksanakan melalui kerjasama dan penempatan pelajar dengan organisasi dalam sektor pelabuhan, perkhidmatan, hospitaliti dan rantaian bekalan. Pendekatan mengikut kluster ini bertujuan memastikan penawaran program dan kemahiran lebih rapat dengan keperluan sektor ekonomi yang sedang berkembang dan keperluan industri masa hadapan.

Keempat: Memperluaskan pembelajaran bersama industri serta peluang peningkatan kemahiran.

Latihan industri, Project-Based Learning, perantisan dan projek bersama industri terus diperkukuh supaya pelajar mendapat pengalaman menggunakan teknologi, memahami piawaian tempat kerja dan menyelesaikan cabaran sebenar industri sebelum memasuki alam pekerjaan. Pendekatan ini dilaksanakan di UBD, UNISSA, Politeknik Brunei dan IBTE melalui pelbagai bentuk penempatan dan kerjasama industri.

Pada masa yang sama, peluang upskilling dan reskilling turut diperluaskan melalui program modular, micro-credentials, pensijilan profesional dan Recognition of Prior Learning. Langkah ini penting bukan sahaja untuk pelajar dan graduan baharu, tetapi juga bagi membolehkan tenaga kerja sedia ada meningkatkan kemahiran apabila teknologi dan keperluan pekerjaan berubah.

Secara keseluruhannya, rancangan Kementerian adalah untuk menghubungkan dengan lebih rapat permintaan tenaga kerja industri, pembangunan kurikulum, penguasaan teknologi baharu, pengalaman bekerja dalam industri dan pembelajaran sepanjang hayat. Sebahagian langkah ini telah dilaksanakan, manakala yang lain sedang diperluaskan dan diperkukuh.

Penyelarasan antara data permintaan tenaga kerja, pembangunan program dan hasil graduan akan terus diperkemas supaya pembangunan bakat dapat disesuaikan dengan lebih pantas kepada perubahan teknologi dan keperluan industri. Dengan pendekatan ini, tenaga kerja yang dihasilkan diharap mampu menggunakan teknologi baharu dan seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta daya saing ekonomi negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.