Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT073

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan bagaimanakah Kementerian memastikan inisiatif ekonomi daerah seperti tamu, pasar pop-up, Program 1K1P dan program belia disepadukan dalam Rancangan Induk Daerah melalui perancangan jangka sederhana, bukan sekadar ad-hoc events, bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi tempatan mampan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Inisiatif ekonomi di peringkat daerah seperti tamu, pasar pop-up, Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P), Kedai Kampung serta program pembangunan belia merupakan antara platform yang dilaksanakan secara berterusan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat, khususnya peniaga tempatan untuk menjana pendapatan serta memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka.

Dalam konteks perancangan daerah, inisiatif-inisiatif tersebut tidak dilihat sebagai aktiviti secara ad hoc atau acara bermusim semata-mata, tetapi diselaraskan berdasarkan keperluan dan potensi ekonomi setempat, kesesuaian lokasi, ketersediaan kemudahan serta penglibatan masyarakat. Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran memainkan peranan mengenal pasti ruang ekonomi yang boleh dibangunkan dan diperkukuh secara berterusan, termasuk penyediaan tapak perniagaan, tamu, pasar dan gerai yang mempunyai jadual operasi tetap. Antaranya termasuk Tamu Kianggeh, Pasar Pelbagai Barangan Gadong, Tamuneka Kuala Belait dan Seria, Kompleks Pasarneka dan Tamu Serambangun, Kedai Kampung serta Tamu Aneka Temburong.

Salah satu contoh pendekatan ini ialah pembangunan aktiviti perekonomian di kawasan Pantai Jerudong melalui kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Jerudong B. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan, beberapa aktiviti telah diungkayahkan termasuk pengoperasian gerai oleh peniaga tempatan, penyediaan tempat perahu berlabuh, penyelenggaraan kemudahan asas, penganjuran Pesta Makan Tahun Pantai Siandang Kampung Jerudong serta penyediaan gelanggang gasing. Usaha ini menunjukkan bagaimana kerjasama antara agensi Kerajaan, pemimpin akar umbi dan masyarakat dapat menghidupkan ruang awam serta mewujudkan peluang ekonomi secara lebih berterusan.

Potensi Pantai Jerudong juga sedang diperluas daripada sekadar lokasi kegiatan ekonomi kepada tarikan komuniti dan pelancongan setempat. Antaranya melalui pengenalan pakej lawatan yang mengetengahkan pembuatan makanan tradisi Puak Kedayan, sesi demonstrasi serta lawatan ke mini muzium. Pendekatan ini bukan sahaja memelihara dan mengetengahkan warisan budaya, tetapi juga membuka peluang pendapatan kepada pengusaha tempatan, memperkukuh produk 1K1P dan meningkatkan nilai pengalaman pelawat.

Ke hadapan, pendekatan ini akan terus diperkukuh di peringkat daerah dengan memberi penekanan kepada kesinambungan aktiviti, pembangunan kemudahan yang bersesuaian, penglibatan usahawan tempatan dan belia, serta penyelarasan dengan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan agensi berkaitan. Ini penting supaya sesuatu inisiatif bukan sahaja dinilai berdasarkan bilangan acara yang dianjurkan, tetapi juga berdasarkan keupayaannya meningkatkan penyertaan peniaga, memperluaskan pasaran, menjana pendapatan dan mewujudkan aktiviti ekonomi yang berterusan.

Secara keseluruhannya, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan terus memperkukuh penyelarasan antara Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan-Jabatan Bandaran, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung (PMKK) dan agensi berkepentingan supaya inisiatif ekonomi akar umbi dapat berkembang daripada platform perniagaan kepada ekosistem ekonomi daerah yang lebih tersusun, inklusif dan mampan. Pendekatan ini akan membantu memastikan potensi ekonomi setiap daerah dimanfaatkan secara lebih strategik dan memberi impak yang berpanjangan kepada masyarakat setempat.

Di antara tempat-tempat berjaja di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran adalah seperti berikut: -

BILTEMPATKAWALANHARI OPERASI
1Tamu KianggehJabatan Bandaran Bandar Seri BegawanSetiap Hari
2Pasar Pelbagai Barangan GadongJabatan Bandaran Bandar Seri BegawanSetiap Hari
3Tamuneka Kuala BelaitJabatan Bandaran Kuala Belait dan SeriaSabtu dan Ahad
4Tamuneka SeriaJabatan Bandaran Kuala Belait dan SeriaKhamis dan Jumaat
5Kompleks Pasarneka dan Tamu SerambangunJabatan Bandaran TutongKhamis
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.