Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT065
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah Kementerian boleh mengarusperdanakan peluang pembaharuan Vision 2030 Arab Saudi ke dalam strategi pengantarabangsaan perusahaan Brunei, termasuk mengenal pasti sektor berpotensi tinggi serta memudah cara penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai dan pelaburan di Arab Saudi?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri akan sentiasa memberikan komitmen berterusan dalam meneroka pasaran dan pelaburan antarabangsa. Walau bagaimanapun, penilaian khusus berhubung peluang yang terbit daripada pelaksanaan pembaharuan Vision 2030 Arab Saudi masih di peringkat awal.
Sehubungan itu, Kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) bersama agensi-agensi berkaitan akan melaksanakan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti sektor yang mempunyai potensi dan permintaan pasaran, serta menilai tahap kesiapsiagaan perusahaan Negara Brunei Darussalam untuk menyertai rantaian nilai dan peluang pelaburan di Arab Saudi.
Penilaian tersebut juga perlu mengambil kira keperluan pasaran, peraturan dan piawaian yang berkuatkuasa, peluang kerjasama dengan pembeli, pengedar atau rakan pelaburan, serta bentuk sokongan dan pemudahcaraan yang bersesuaian yang dapat dilaksanakan oleh BEDB bersama agensi-agensi berkaitan.
Dalam konteks hubungan dua hala, Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi akan terus memanfaatkan kerjasama yang sedia ada melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (Joint Committee Meeting, JCM), bagi membincangkan dan mengenal pasti bidang-bidang kerjasama yang dipersetujui bersama, antaranya perdagangan dan pelaburan, industri halal, pelancongan, pertanian serta bidang-bidang lain yang mempunyai kepentingan bersama.
Kementerian akan terus menggunakan mekanisme ini bagi meneroka kerjasama ekonomi yang berkaitan yang dapat dimanfaatkan oleh perusahaan Brunei di peringkat antarabangsa, sekaligus menyokong usaha kepelbagaian ekonomi negara selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.